~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, September 4, 2013

Pemandu lori pula tunjuk samseng...!!! Skuad SPAD dikepung?


Dua pasukan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diserbu oleh sekumpulan pemandu lori kerana tidak berpuas hati tindakan anggota agensi penguat kuasa itu menahan beberapa lori di Kawasan Perindustrian Gebeng hari ini.

Pengurus Kanan Penguat Kuasa SPAD Wilayah Timur, Mejar Mohd. Shariff Jamal Abidin berkata, seramai lapan anggota SPAD diserbu ketika menjalankan rondaan Ops Hippo di kawasan tersebut.

Menurutnya, sekumpulan pemandu lori bertindak demikian berikutan beberapa lori dipercayai milik rakan mereka ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

"Ops Hippo yang bermula pukul 11 malam tadi menahan beberapa lori dengan membawa muatan berlebihan di sekitar Bukti Besi, daerah Dungun, Terengganu selain Semambu di sini.

"Kemudian pasukan tersebut meneruskan pemeriksaan di sekitar Gebeng pukul 1 petang dan dikerumuni oleh lebih 30 lori dipercayai tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, selepas mendapat penjelasan serta bantuan polis, semua pemandu terbabit bersurai.

Menurut beliau, kumpulan pemandu lori itu menyuarakan permasalahan mereka selain membuat beberapa tuntutan.

Susulan kejadian itu, katanya, satu laporan dibuat di Balai Polis Kuantan pada pukul 2.40 petang ini.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment