~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, September 27, 2013

PENGAKUAN TUN DR MAHATHIR TENTANG ALLAHYARHAM AZIZAN ABDUL RAZAK, MANTAN MB KEDAH?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah sahabat baik beliau walaupun berlainan ideologi politik.

"Walau pun daripada parti lain, kita tak kira, sahabat tetap sahabat, politik tetap politik. Hubungan saya baik dengan dia.

"Beliau tak keterlaluan, sanggup berbaik-baik, sanggup cuba luluskan permintaan orang ramai tanpa kira parti. Dia juga seorang yang pegang kuat pada ajaran Islam yang sebenar dan tak pernah menyeleweng," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pengebumian Azizan di Tanah Perkuburan Muassasah Darul Ulum hari ini.

Yang turut hadir ialah isteri beliau Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Azizan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.05 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah akibat jangkitan kuman dalam darah dan kegagalan organ yang pelbagai - UMO

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment