~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Tuesday, October 25, 2011
Kereta kerajaan DAP Pulau Pinang dirantai!
LIEW Yeow Hooi merantai tayar kereta Toyota Fortuner milik Unit Perancang Ekonomi Negeri kerana diletak di tepi jalan dan mengganggu lalu-lintas di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Sebuah kenderaan rasmi milik kerajaan DAP Pulau Pinang yang diletakkan sesuka hati di tepi jalan berhadapan Dewan Undangan Negeri (DUN), Lebuh Light di sini dirantai oleh orang ramai yang berang kerana menyebabkan kesesakan lalu-lintas.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi apabila Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi bertindak sedemikian selepas mendapat aduan daripada orang ramai.
Menurut Yeow Hooi, tindakan tersebut adalah sebagai pengajaran kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
"Saya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai isu ini. Jika orang awam yang melakukan kesalahan serupa, sudah pasti kenderaan mereka disita dan dikompaun.
"Ini tidak adil kepada rakyat. Maka saya hari ini mewakili penduduk negeri ini mengunci kereta kerajaan negeri demi menuntut keadilan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kereta terbabit bernombor plat PKC 3244 tertulis perkataan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Yeow Hooi mendakwa, tindakannya berniat baik iaitu mahu 'mendidik' pegawai dan kakitangan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mematuhi undang-undang.
"Saya akan terus mengambil tindakan untuk mengunci kereta milik kerajaan negeri sekiranya mereka berdegil dan masih meletakkan kenderaan sesuka hati," ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. Pada masa sama, Wei Aik menyifatkan tindakan Yeow Hooi sebagai biadab.
"Ini kerana hanya pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai hak berbuat demikian," jelasnya.
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBANYAK NILAI MURNI YG DAPAT DI AMBIL
ReplyDeleteFIKIRKANLAH...