~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, August 30, 2011

Kenyataan Mustafa Ali di program Hardtalk BBC, 30 Sept 2003 : Memang sah negara Islam bukan objektif PAS!

Parti Islam Semalaysia ( PAS ) telah menzahirkan pandangan bercanggah mengenai pendiriannya berhubung Islam dan negara Islam. Semasa temubual dalam program Hardtalk, British Broadcasting Corporation (BBC), Naib Presiden PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu pendengar di seluruh dunia bahawa negara Islam bukannya satu objektif dalam perlembagaan parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata media telah menggunakan istilah `negara Islam' untuk `menakutkan orang bukan Islam'.

Tetapi ketika Mustafa menyatakan pandangannya itu kepada pengantara Hardtalk, Tim Sebastian dalam satu temubual yang dikendalikan oleh penyampai yang pernah memenangi anugerah itu di Kuala Lumpur awal bulan ini, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula pada hari yang sama telah menyatakan pandangan yang berbeza sepenuhnya.

Hadi, yang sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa Pas akan meneruskan perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud di negeri-negeri di bawah pemerintahannya, telah mengumumkan pada hari yang sama dengan temubual itu disiarkan, bahawa Terengganu, dengan beliau selaku Menteri Besar waktu itu, akan mewartakan Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebelum hujung Oktober dan menguatkuasakan undang-undang itu serta-merta.

Mustafa memberitahu Sebastian: “Istilah negara Islam” tiada tercatat dalam perlembagaan parti kami...kami tidak pernah menyebut mengenai negara Islam dalam perlembagaan kami...kami menyebut bahawa masyarakat perlu mematuhi nilai-nilai baik yang menjadi pegangan Islam.

Hanya media yang menggunakan istilah negara Islam untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional juga memperbesar-besarkan isu itu untuk menakutkan orang bukan Islam sebagai satu cara untuk membolehkan mereka terus berkuasa.

Pemimpin-pemimpin kerajaan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada masa lepas telah mengkritik pemimpin-pemimpin Pas kerana `cakap kosong', menyatakan mereka memberikan komen berbeza di hadapan audien berlainan, mencerminkan Pas tidak ikhlas.

``Pas akan menyatakan sesuatu perkara kepada bukan Melayu dan perkara lain kepada orang Melayu,'' kata Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam satu sidang akhbar.

Sebastian, yang terkenal dengan kehebatannya mengemukakan soalan tanpa belas kasihan, turut membuatkan Mustafa terperangkap dan tidak pasti apabila beliau bertanya mengenai pandangan Pas mengenai serangan bom berani mati dan kaitan parti itu dengan Hamas, kumpulan militan Palestin yang mengaku bertanggungjawab bagi serangan berani mati, dan Hizbullah, pertubuhan militan Lebanon.

Mustafa berkata, pertubuhan berkenaan merupakan pejuang kebebasan tetapi apabila Sebastian berkata hubungan Pas dengan kumpulan-kumpulan berkenaan adalah tidak konsisten dengan perisytiharannya sebagai sebuah parti Islam sederhana, Mustafa, yang cuba menjauhkan parti itu daripada kumpulan berkenaan berkata `sudah lama dahulu' Pas menjadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin Hamas dan Hizbullah.

Sebastian kemudian merujuk kepada notanya dan mengingatkan Mustafa bahawa kali terakhir ialah `hanya pada Mei tahun lepas'. Mustafa, yang jelas terperangkap dengan soalan itu, berkata: ``Ya, (tetapi) ia tidak bermakna kami menyokong pejuang kebebasan, kami bersetuju dengan setiap tindakan mereka''.

Mustafa kemudian mengolah semula jawapannya dan berkata Pas `tidak menyokong' Hamas jika anggotanya meletupkan diri mereka untuk membunuh orang awam yang tidak bersalah dan adalah adil bagi mereka untuk berbuat demikian terhadap tentera Israel yang telah melakukan pelbagai kekejaman terhadap penduduk Palestin.

Perkara itu turut bercanggah dengan pandangan Hadi pada perhimpunan agung parti itu dua minggu lepas apabila beliau menyifatkan pengebom berani mati Hamas sebagai `mati syahid'. Kepada soalan lain, Mustafa bersetuju dengan Sebastian bahawa sekiranya parti itu berjaya berkuasa, ia akan melaksanakan corak kerajaan `satu negara, dua sistem'!

Sebastian: ``Anda juga akan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka yang keluar dari agama Islam?''

Mustafa: ``Tidak, tidak, tidak. Tiada paksaan bagi orang untuk memeluk Islam. Sekiranya mereka memeluk Islam dan dengan senyap-senyap keluar daripada agama Islam tanpa pengetahuan sesiapa, mereka boleh (terlepas) begitu sahaja...jika mereka mengumumkan kepada dunia bahawa mereka meninggalkan agama Islam, ia sama seperti mengisytiharkan perang terhadap Islam, bahawa Islam tidak baik...''

Di sini, Mustafa sekali lagi terperangkap apabila Sebastian berkata ini bermakna Pas menolak Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia yang memperuntukkan setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, hati nurani dan agama, termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan sama ada secara sendirian atau dalam berkumpulan dengan orang lain di tempat terbuka atau persendirian.

Mustafa: Jika seseorang mahu keluar daripada agama Islam secara senyap-senyap, terpulang kepada dirinya sendiri, jika seseorang keluar Islam secara terbuka, pasti orang berkenaan ada maksud tidak baik...

Sebastian: Tetapi Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia membenarkan mereka berbuat demikian secara terbuka...

Mustafa: Kita perlu bincangkan perkara ini..!!!

Demikianlah serba sedikit kenyataan dari para pemimpin PAS berhubung dengan penubuhan negara Islam jika mereka berjaya memerintah negara. Di lihat mereka masih berdolak dalih dalam isu negara Islam ini.

PAS bukanlah parti Islam sebenarnya apabila tokoh-tokoh mereka sendiri yang menafikannya. Malah ada seorang lagi pemimpin PAS iaitu bekas Menteri Besar Perak secara terang-terang ketika sidang Dewan berlangsung juga menafikan yang PAS hendak menegakkan negara Islam sehingga mencabar kepada sesiapa yang dapat membuktikannya? Malah ianya di akui juga oleh Husam Musa di Kelantan. Bagi Husam Islam hanyalah Idealisme sahaja kepada PAS.

Dan jika ahli-ahli PAS masih lagi mendabik dada yang mengatakan mereka adalah parti Islam, maka suruh sahaja mereka tunjukkan di mana dalam perlembagaan parti PAS yang mengatakan PAS hendak menegakkan negara Islam PAS. Wallahuallam.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment