~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, August 15, 2011

Ezam anggap Tsu Koon dangkal!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tidak patut terikut-ikut dengan kedangkalan pemimpin pembangkang berhubung isu 'pembakaran' portal propembangkang The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor yang mengeluarkan kenyataan bersedia 'membakar' kedua-dua portal itu berkata, kedua-dua entiti portal propembangkang itu sebenarnya tidak boleh 'dibakar' secara fizikal kerana sifatnya yang hanya wujud di alam siber.

"Justeru ia (kenyataan untuk membakar dua portal) jelas simbolik kemarahan terhadap kebiadapan portal berita itu terhadap agama Islam selaku agama rasmi negara ini.

"Sebelum ini saya biarkan kenyataan dangkal Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan konco mendesak tindakan terhadap saya sebagai satu jenayah termasuk menyamakan pembakaran portal berita dengan kebakaran rusuhan London kerana (ia) jelas satu perbandingan bodoh.

"Tetapi apabila seorang menteri (Tsu Koon) bersuara, saya wajar jawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Tsu Koon menyatakan kekesalan dengan kesediaan Ezam 'membakar' kedua-dua portal propembangkang itu ekoran 'penipuan' kedua-dua agensi berhubung laporan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Ezam menegaskan, kenyataan Tsu Koon itu jelas dangkal dan terkeluar daripada konteks sebenar kerana beliau langsung tidak berhasrat membakar para wartawan serta bangunan kedua-dua portal tersebut.

Justeru itu, Ezam hairan bagaimana Tsu Koon sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab menjaga perpaduan kaum di negara ini begitu cepat menyelar ucapannya tetapi membiarkan kedua-dua portal propembangkang itu 'membakar' hati umat Islam sejak sekian lama.

"Saya ingatkan menteri yang jaga perpaduan ini (Tsu Koon), kesan hati umat yang dibakar lebih parah dan boleh menghancurkan perpaduan," katanya.

Hahaha..inilah diantara sebab mengapa parti Gerakan tak berkembang. Rupa-rupa ketuanya..alahai..!!!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment