~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Wednesday, May 11, 2011
Tiada konspirasi UMNO, BN dan Najib dalam kes Anwar!
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tidak ada sebab untuk marah kepada UMNO, Barisan Nasional (BN) dan juga Perdana Menteri kerana segala kes yang dihadapinya adalah antara beliau dengan pihak yang terlibat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Anwar tidak perlu melenting sehingga melemparkan kata-kata kesat kepada UMNO, BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sebagai contoh, dalam isu sumpah laknat kes liwat dan video seks, perkara itu hanya melibatkan Anwar dan orang yang membuat sumpah laknat tersebut iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
"Tiada kaitan langsung dengan UMNO, BN dan pemimpinnya. Kami tidak terlibat menyebar, menuduh dan tidak terlibat dalam apa pun perkara berlaku melibatkan Anwar, jadi kenapa tiba-tiba Anwar melenting sehingga menggunakan perkataan kesat seperti pandi kutty atau anak babi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup kejuaraan pencak silat remaja Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua persatuan itu, Datuk Adiwijaya Abdullah di sini hari ini.
Penasihat PKR itu hari ini mengakui ada menyebut perkataan 'pandi kutty' bagaimanapun menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri sebagaimana didakwa pelbagai pihak termasuk laporan oleh sebuah portal berita.
Ahmad berkata, sekiranya UMNO, BN dan pemimpinnya terlibat dalam konspirasi kes melibatkan Anwar terutama dalam kes liwat dan video seks, ia merupakan strategi paling bodoh dibuat kerana tindakan sedemikian hanya akan melemahkan sokongan rakyat kepada parti.
Sebelum itu : Pandi kutty bukan dituju terhadap PM - Anwar
Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau ada menyebut perkataan pandi kutty (anak babi) semasa berceramah di Klang, Sabtu lalu. Bagaimanapun Anwar menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana didakwa pelbagai pihak termasuk laporan oleh sebuah portal berita.
"UMNO memfitnah. Saya sebut, politik porno, zalim, rasuah seperti pandi kutty, tidak sebut nama siapa," katanya melalui akuan Twitternya, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan rakan Twitternya, yang hanya dikenali sebagai Izizree, yang ingin tahu mengapa Anwar memanggil Najib sebagai anak babi. Semalam, pelbagai pihak mengecam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan tidak kurang yang menuntut supaya beliau menarik balik kenyataan biadab tersebut.
Malah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menganggap Anwar sebagai pemimpin yang sudah tidak siuman kerana sanggup menggelar Perdana Menteri dengan gelaran tidak bertamadun.
Lihatlah video tersebut dan fikirkanlah sendiri!
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment