~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, May 31, 2011

Suka Main Sentimen Perkauman, DAP Parti Opurtunis!

DAP bukan hanya parti pembangkang yang mahukan kuasa dan kedudukan untuk berkerajaan tetapi lebih dari itu sebenarnya ia adalah sebuah parti yang berpaksikan opurtunis dan hanya tahu menggunakan kesempatan atas kesempitan atau permasalahan yang berlaku, kata Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

“DAP hanya tahu menangguk di air keruh dan melihat setiap kesempatan yang ada untuk dimanipulasikan bagi kepentingan politik dan peribadi mereka sendiri,” katanya.

Ujar beliau, tindakan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu mewakili parti mereka adalah satu perbuatan tidak jujur dan tidak ikhlas yang dibuat untuk dijadikan sebagai batu loncatan semata-mata.

“Lihatlah bagaimana tindakan DAP yang suka memainkan sentimen perkauman dengan harapan perpaduan dan kekukuhan dalam negara akan runtuh dan hancur agar mereka dapat menyelinap dan mengambil tindakan atas keadaan kucar-kacir dan prasangka antara pelbagai bangsa dalam negara,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat bagaimana permainan politik kotor Dap yang memanipulasikan isu perkauman dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) lalu sehinggakan akhirnya rakyat termakan dakyah tersebut dan mereka mendapat sokongan.

“Biarpun DAP ini berpakat dengan PKR dan Pas tetapi pengarah sebenar dalam sandiwara tersebut ialah DAP sementara bagi PKR dan Pas adalah juak-juak yang menjadi patung untuk pastikan sokongan rakyat kepada Dap,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, DAP melihat bagaimana sokongan bangsa Melayu yang telah terbahagi antara satu sama lain iaitu UMNO, Pas dan PKR selain ada antaranya yang bersikap berkecuali.

“Melihat hal ini, DAP mahu mempergunakan orang Melayu untuk mendapatkan undi di kalangan bangsa Melayu sendiri kerana mereka sedar bahawa mereka tidak akan dapat memerintah sepenuhnya jika gagal mendapatkan sokongan dari bangsa lain khususnya kaum majoriti.

“Pastinya jika ada orang Melayu yang sanggup menjadi calon kepada DAP ia bukanlah kerana menyokong perjuangan mereka sebaliknya golongan ini adalah antara individu yang kecewa atau gagal mendapat tempat sama ada dalam UMNO, kerajaan atau ada antara hal-hal berkaitan kepentingan mereka yang tidak diambil peduli,” tegasnya lagi.

Ujarnya, jika benar benar DAP mahu mencalon orang Melayu mewakili parti mereka maka sewajarnya mereka akan berani untuk bertanding di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya adalah berbangsa Melayu juga.

“Jika benar DAP mahu ‘bermain kayu tiga’ dengan orang Melayu maka mereka perlu uji sokongan dengan bertanding di kawasan-kawasan orang Melayu tanpa melihat kepada sentimen sokongan bangsa lain,” katanya.

Jelasnya, apa yang pasti DAP tidak akan berbuat demikian kerana mereka sedar setakat mana kemampuan mereka. – MediaUMNO

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment