~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, May 9, 2011

Amaran dari Datuk Zahrain : DAP perlu berhenti politikkan kematian Beng Hock!

DAP perlu berhenti daripada mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock, sebaliknya melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan ahli keluarga mendiang dengan memberi pampasan sewajarnya kepada mereka.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana kematian Beng Hock di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dipercayai berkaitan kes salah guna kuasa pemimpin DAP.

Menurutnya, fakta daripada kenyataan saksi-saksi utama pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock memberi gambaran jelas bahawa kematian mendiang adalah berhubung kait dengan tugasnya sebagai pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

“Disebabkan fakta tersebut, adalah wajar keluarga mendiang menuntut pampasan daripada Hian Wah dan DAP kerana membawa mendiang terjerumus ke dalam skandal rasuah DAP di Selangor,” katanya menerusi blog http://zahrainmp.blospot.com hari ini.

Zahrain dalam pada itu memberitahu, kenyataan dalam prosiding suruhanjaya itu menggambarkan seolah-olah mendiang sanggup mati sebelum dihina (death before dishonour) demi melindungi ahli politik DAP daripada dakwaan rasuah.

Dakwanya lagi, fakta-fakta berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri untuk menganjurkan kegiatan politik sudah timbul sebelum ini dan DAP pasti akan menafikannya walaupun ada bukti nota bunuh diri Beng Hock kepada individu di dalam parti.

“Justeru saya mengesyorkan DAP berhenti mengaburi pandangan orang ramai berhubung kematian Beng Hock dan sebagai langkah permulaan saya cadangkan agar DAP bersifat lebih bertanggungjawab dan memberi pampasan kepada keluarga mendiang,” katanya.-UM.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment