~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, May 3, 2011

Lagu 1Malaysia 'gimik' demonstrasi!

MOHAMED Ghani Jiman menyerahkan memorandum kepada Zuliana Aziz yang mewakili kerajaan negeri dari luar pintu pagar setelah dia tidak dibenarkan memasuki ruang Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, semalam.

Suasana ketika sesi rehat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini tiba-tiba bergema dengan lagu 1Malaysia menyebabkan semua yang ada terpinga-terpinga. Setelah diteliti, rupa-rupanya ia datang dari sebuah lori yang memainkan lagu tersebut menerusi speaker besar, bergerak perlahan-lahan di depan DUN.

Ia merupakan 'gimik' kira-kira 50 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan demonstrasi di depan pintu utama DUN tengah hari ini.

Lagu 1Malaysia itu merupakan simbolik bahawa mereka menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) dan membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang dikatakan sering menindas rakyat.

Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Jiman yang mengetuai kumpulan berkenaan kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain.

Ia diterima oleh Penolong Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz. Memorandum sama turut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Antara kandungan memorandum tersebut adalah bantahan terhadap beberapa keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sering menindas rakyat khususnya orang Melayu.

Demonstrasi selama setengah jam yang bermula pukul 12.45 tengah hari berakhir selepas Mohamed Ghani dan tiga pengikutnya ditahan polis.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment