~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, May 9, 2011

Guan Eng biaDAP didesak berundur!

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) didesak meletak jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBA) berikutan tindakan tidak amanah beliau mendedahkan maklumat peribadi seorang wakil rakyat di dalam laman YouTube untuk tontonan umum.

Shabudin Yahya ( BN-Permatang Berangan ) yang amat kesal dengan tindakan itu mendakwa Guan Eng menggunakan kuasanya untuk menyemak bil air beliau sebelum mendedahkannya di dalam laman tersebut melalui Unit Komunikasi Pejabat Ketua Menteri.

Jelas Shabudin, tindakan tidak jujur yang dilakukan Setiausaha Agung DAP itu secara tidak langsung menjatuhkan reputasi PBA dan menyebabkan beliau hilang kepercayaan terhadap agensi tersebut.

"Saya telah kemukakan bil air rumah saya sebagai contoh untuk melahirkan rasa kesal rakyat terhadap tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan surcaj air sejak Januari lalu yang ternyata satu penganiayaan kepada mereka terutamanya berpendapatan rendah.

"Namun, Guan Eng telah bertindak menyemak bil tersebut yang terkandung segala maklumat peribadi saya dan kemudian mendedahkan kepada umum.

"Adakah rakyat akan berpuas hati jika ada pihak-pihak tertentu pada bila-bila masa boleh mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti yang dilakukannya (Guan Eng) itu?" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khamis lalu, ketika berbahas, Shabudin mempersoalkan langkah kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan surcaj air untuk menjana pendapatan negeri apabila untuk tiga bulan pertama tahun ini sahaja RM2.12 juta dikutip.

Tambah Shabudin, tindakan mengenakan surcaj terhadap rakyat amat tidak wajar kerana bil pengguna dinilai setiap dua bulan sekali yang menyebabkan semua rakyat negeri ini terdedah kepada surcaj.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan surcaj sebanyak 24 sen setiap liter untuk pengguna yang menggunakan air lebih daripada 35,000 liter.

"Bayangkan, jika mereka mampu mengawal penggunaan air dengan menggunakan 35,000 liter sebulan pun, mereka tetap akan dikenakan surcaj kerana jumlahnya akan meningkat kepada 70,000 liter bagi penggunaan dua bulan.

"Inikah yang mereka kata satu keadilan kepada rakyat sedangkan rakyat terbeban dengan surcaj yang dikenakan?" ujarnya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment