~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Thursday, November 11, 2010
MB Azizan Bongkak: Dulu Caci Johor, Kini Rumah kena Banjir!
Azizan dibantu pemandunya bergegas keluar dari rumah beliau untuk ke Wisma Darulaman bagi menghadiri mesyuarat tergempar mengenai isu banjir. Bila terkena batang hidung sendiri baru mahu mesyuarat?
Rakyat negeri Johor sama sekali tidak akan melupakan Menteri Besar yang paling dibenci mereka, Azizan Abdul Razak, yang pernah melaung dengan penuh sifat riak, ujub lagi takabur untuk menjadikan negeri ‘Johor sebagai muzium’ di Stadium Perak:
" Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium."
" Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,” katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang ketika itu. ( semasa Perak jatuh ketangan PR selepas PRU ke-12 )
Apa sudah jadi kepada beliau?
Mari kita doakan sekali lagi semoga Allah Taala menyelamatkan insan yang menggelar dirinya ‘ustaz’ ini daripada terus ‘tenggelam’ dalam sifat riak, ujub, takabur dan nafsu amarah sehingga sanggup mencemuh saudara-saudara beliau.
Patutkah rakyat negeri Johor menghulurkan bantuan?
Bak kata Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, pada 18 Januari 2007 ketika banjir besar melanda Johor:
" Apa yang penting kita harus ingat setiap musibah yang berlaku mungkin ada sebabnya, adakah kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini atau macam mana ".
Wallahuallam..
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pada saya tiada salah mengundi PKR/DAP/PAS kerana Malaysia mengamal kebebasan so kenalah positif jika majoriti nak berubah. Sekarang pun minyak naik, barangan dapor naik...duit gaji makin kecil.
ReplyDeleteIni rumah Dr Azizan? hebat sebagai seorang pemimpin islam! jika dibandingkan dengan rumah pemimpin parti satu lagi macam istana.. menggunakan duit rakyat untuk kepentingan masing2 Syabas Dr Azizan!!
ReplyDelete