~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, November 26, 2010

Isu ambil tanah: DAP bangsat P. Pinang bohong?


















Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa melakukan pembohongan apabila tidak memberi fakta sebenar berhubung isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Genting, Balik Pulau bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah universiti asing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya mendakwa, ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, kerajaan negeri menyatakan bahawa pengambilan tanah berkenaan masih di peringkat cadangan dan kajian.

''Bila disiasat, tanah itu sebenarnya sudah pun digazetkan mengikut Seksyen 8 (Akta Pengambilan Tanah 1960) dan ini membuktikan bahawa proses pengambilan tanah sedang berlaku.

''Hanya tunggu perbicaraan dan bayar duit (pampasan penduduk) akan dibuat, seterusnya tanah menjadi hak kerajaan negeri. Jadi, bagi saya ini satu pembohongan oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Kerajaan negeri bercadang mengambil sebahagian besar tanah milik penduduk di Kampung Genting untuk dijadikan sebagai Hab Kecemerlangan Pendidikan termasuk pembinaan universiti swasta dari luar negara.

Cadangan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan penduduk yang mempersoalkan kewajaran tanah di perkampungan kecil itu mahu diambil sedangkan masih banyak tanah kosong di tempat lain yang lebih sesuai seperti di Kuala Sungai Pinang, Pulau Betong dan Air Putih.

Pada 18 Oktober lalu, lebih 100 penduduk Kampung Genting berhimpun bagi membantah cadangan tersebut dan bertekad akan mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil.

Sementara itu, Hilmi turut mempersoalkan pembinaan universiti swasta di tapak berkenaan kerana ia tidak memenuhi syarat proses pengambilan tanah yang menetapkan pembangunan hendaklah membabitkan kepentingan awam.

''Setakat ini Kementerian Pengajian Tinggi tiada menerima permohonan daripada kerajaan negeri untuk membina universiti berstatus awam, sebaliknya kami difahamkan ia berstatus swasta.

''Lebih penting, kita bukan bercakap soal tanah orang Melayu tetapi melibatkan semua kaum memandangkan penduduk termasuk yang berketurunan Cina dan India sudah lama tinggal di situ dan masih ada tempat lain lebih sesuai," jelasnya.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment