
Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR!
Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.
Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.
"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.
Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyat mendapat kerajaan yang lebih baik.
“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi. Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.
Rakyat sedang menantikan buku terbaru dari Zaid Ibrahim..!!!
Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!
Penang Wasabi..
No comments:
Post a Comment