~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, November 26, 2010

DAP Bangsat : Pilih bulu roboh gerai?

Di sebalik tindakan agresif agensi penguat kuasa kerajaan negeri meroboh gerai penjaja sejak kebelakangan ini, banyak gerai lain yang melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti dibiarkan beroperasi tanpa diambil tindakan.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana kerajaan negeri bersikap adil memandangkan gerai-gerai berkenaan secara terang-terangan tidak mengikut peraturan termasuk didirikan melebihi bahu jalan sehingga sering menyebabkan kesesakan trafik.

Keadaan itu boleh dilihat di sekitar Taman Chai Leng dan berhampiran Kompleks Makanan Sin Tat di Jalan Raja Uda di sini yang sinonim dengan keadaan sesak ekoran kewujudan gerai-gerai yang didirikan di bahu-bahu jalan.

Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Saadin Kadir berkata, kerajaan negeri seolah-olah bersikap pilih bulu dalam mengambil tindakan dengan hanya memberi tumpuan terhadap sesetengah peniaga kecil sahaja.

''Sikap pilih bulu ini begitu ketara. Kalau betul kerajaan negeri mahu bersikap adil kenapa gerai lain yang terang-terang melanggar peraturan terlepas daripada tindakan," katanya di sini hari ini.

Kerajaan negeri kebelakangan ini bertindak merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil kerana didakwa beroperasi secara haram.

Terbaru, enam pengusaha gerai makanan dan minuman di Bandar Perda, dekat sini hilang mata pencarian selepas gerai mereka dirobohkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam satu operasi semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 pagi itu, pelbagai peralatan termasuk khemah dan payung gerai, dapur, meja serta kerusi milik peniaga terbabit dirampas.

Saadin berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar memandangkan kawasan tersebut boleh dijadikan lokasi tapak perniagaan sementara bagi memberi peluang kepada peniaga terbabit mencari rezeki.

Menurutnya, alasan yang diberikan kepada peniaga terbabit bahawa gerai mereka mengganggu lalu lintas juga tidak munasabah memandangkan mereka sudah berniaga sejak bertahun yang lalu tanpa sebarang masalah.

''Tetapi keadaan trafik yang sesak di Jalan Raja Uda misalnya tidak pula diberi perhatian sedangkan umum mengetahui kesesakan di situ berpunca daripada kewujudan gerai-gerai yang dibina berhampiran jalan," jelasnya.-UM-

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment