~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, November 16, 2010

Guan Eng siKetua lanun buta sejarah : DAP dicabar akui Perlembagaan Persekutuan!

Gagasan Melayu Perak (GMP) mencabar DAP supaya mengakui bahawa Islam dan bahasa Melayu adalah agama dan bahasa kebangsaan bagi membuktikan parti itu benar-benar menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, DAP juga dicabar supaya mengakui bahawa tiada sesiapa atau mana-mana kaum boleh mempertikaikan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sejarah telah membuktikan UMNO dan orang Melayu sama sekali tidak bersifat buta perlembagaan, buta sejarah seperti yang dituduh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sejarah juga membuktikan bahawa UMNO dan orang Melayu tidak pernah sesekali lari dari landasan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang mengecam UMNO sebagai buta sejarah dan buta perlembagaan kerana tidak memperjuangkan kepentingan kaum-kaum lain sebaliknya mengutamakan 'Melayu pertama, rakyat Malaysia kedua' yang jelas melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Guan Eng, UMNO hanya mempertahankan kedudukan keistimewaan orang Melayu apabila bercakap soal Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercakap tentang kepentingan kaum lain.

Katanya, Guan Eng harus sedar bahawa UMNO adalah pihak yang terlibat dalam membangunkan Malaysia secara mental dan fizikal setelah ia rosak teruk akibat permainan api perkauman ekoran peristiwa 13 Mei 1969.

Mohd. Hilmi berkata, Guan Eng sepatutnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub bukan sahaja hak-hak orang Melayu, agama dan bahasa rasmi negara tetapi juga hak kaum Cina dan India di negara ini.

"Beliau ternyata tidak mempunyai semangat mempertahankan sebuah dokumen undang-undang tertinggi negara walaupun sudah mengangkat sumpah untuk berbuat demikian. Maka beliau tidak layak menjadi seorang ahli Parlimen di sebuah negara berdaulat," katanya.

Katanya, Guan Eng masih memainkan isu kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kaum lain walaupun Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas hak dan kedudukan setiap kaum di negara ini.

"Jelas kepada kita bahawa beliau sebenarnya tidak pernah belajar sejarah atau sengaja buat-buat tidak tahu tentang fakta sejarah," katanya.

Guan Eng sebenarnya lupa yang SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU!!

Penang Wasabi..

2 comments:

  1. Dia bukan buta bro, tapi dia ni cuba butakan mata generasi muda, khusus generasi muda kaum DAP.... inilah cara komunis memberi propaganda mereka...

    ReplyDelete
  2. Salam bro,
    Selamat Hari Raya Aidil-Adha. Semoga persahabatan kita juga akan tetap berkekalan ~ BH

    ReplyDelete