~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, July 29, 2010

Skandal DAP Selangor : Polis siasat salah laku ahli majlis MPK!
















Polis akan membuka kertas siasatan berhubung kes pemalsuan tandatangan dan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang ahli majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK), setelah tiga laporan polis dibuat berhubung salah laku tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, laporan polis dibuat tiga individu di dua balai polis berasingan berhubung salah laku ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu."Sehingga petang ini, polis menerima laporan di Balai Polis Pandamaran dan Balai Polis Klang.

"Polis akan memulakan siasatan berhubung pemalsuan tandatangan dan saya menyeru semua pihak terlibat memberi kerjasama penuh," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman web sosial Facebook miliknya hari ini.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan identiti mereka yang membuat laporan.

Semalam, sebuah akhbar membongkar salah laku veteran DAP yang juga seorang ahli MPK, menggunakan kepala surat milik ahli Exco Selangor, Ronnie Liu tanpa kebenarannya bagi mendapatkan kontrak bernilai hampir RM1 juta kepada kroninya.

Sebelum itu : MB Khalid G berang siasatan ahli majlis ‘bocor’ !!!

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri sedang menyiasat kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya. Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak “dua atau tiga minggu lalu.

”Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid juga berkata beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu telah dibocorkan.Beliau mengulas laporan akhbar The Star yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri.

Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota Exco.Dilaporkan, ahli majlis berkenaan yang telah dilantik selama tiga penggal itu berjaya mendapatkan beberapa projek melalui kegiatan itu.

Katanya lagi, kerajaan negeri akan menjalankan satu audit berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut perlu dijalankan sebelum mengambil apa-apa tindakan ke atas individu terlibat. Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyerahkan kes tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sementara itu, pemimpin DAP negeri termasuk Exco Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu enggan membuka mulut bagi menjelaskan kejadian tersebut.

Penang Wasabi..

1 comment:

  1. awas dengan yang namanya politikus jalanan. mereka sadis dan mabuk kuasa. indonesia udah kena. jangan sampe malaysia juga ikut kena.
    dunia kadang2 ga adil kerna yang mabuk kuasa dan gila, bisa berjaya. Hati2 Malaysia.
    Saya pencinta damai. Selamatkan Malaysia kerna malaysia adalah negara islam yang paling berjaya di dunia.
    ikuti saya di www.sambalpedas.com

    ReplyDelete