~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Wednesday, July 21, 2010
Penang DAP Zionis : Sikap Guan Eng memalukan!
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Azhar Ibrahim menyifatkan kenyataan biadab Ketua Menteri, Lim Guan Eng termasuk memberi gelaran berunsur penghinaan terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus sebagai perbuatan yang amat memalukan.
Beliau berkata, kenyataan melampau Guan Eng termasuk menggelar Nik Ali sebagai ‘lidah biawak’ mencerminkan sikap Setiausaha Agung DAP itu yang suka mencari publisiti murahan sehingga sanggup bertelagah dengan pegawai kerajaan.
‘‘Saya tidak tahu bagaimana seorang Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu dan bergaduh dengan penjawat awam, sepatutnya dia (Guan Eng) berbaik-baik untuk sama-sama membangunkan Pulau Pinang.
‘‘Tapi apa yang berlaku seolah-olah dia sengaja nak cari gaduh, main politik untuk cari publisiti murahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah- Buahan Tempatan di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Utara, Ariffin Awang dan Pengarah FAMA negeri, Anuar Mohamad.
Laporan akhbar hari ini menyiarkan kekecewaan Nik Ali ekoran kenyataan Guan Eng yang menyifatkan beliau sebagai pegawai yang tidak kompeten, tidak profesional, pengecut dan patut diberhentikan berhubung isu curi pasir di tapak projek Politeknik Balik Pulau.
Sambil menyifatkan Guan Eng sebagai biadab dan melampau, Nik Ali menegaskan, beliau sudah lama bersabar dengan sikap Ketua Menteri yang sering mengeluarkan kenyataan liar terhadapnya termasuk menggelarnya sebagai ‘lidah biawak’.
Perang dingin antara kedua-dua individu itu mula tercetus apabila Guan Eng mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera diikuti dengan isu perobohan pintu gerbang Taman Botani dan terbaru, isu curi pasir.
Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, Guan Eng tiada hak untuk menilai prestasi kerja pegawai kerajaan sebaliknya wajar mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai keupayaan orang lain.
‘‘Guan Eng tiada hak nak kata pegawai kerajaan itu kompeten atau tidak kerana SDO bukan di bawah pentadbirannya dan itu bukan kerja dia. ‘‘Sepatutnya kerja dia tumpu usaha membangunkan negeri ini, cerminlah diri sendiri adakah sudah berjaya bangunkan Pulau Pinang,” ujarnya.
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment