~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, May 6, 2010

Wakil PKR seru orang Islam puji Guan Eng!





















Meskipun Lim Guan Eng dikritik pelbagai pihak kerana ciri pemerintahannya tidak sama dengan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menyeru orang Islam khususnya di negeri ini memuji pendekatan Ketua Menteri itu.

Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata, tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan kerana menjadikan pemimpin Islam sebagai contoh dalam pentadbirannya.

Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang dilihat kurang senang dengan kata-kata Abdul Malik kemudiannya mencelah memberitahu, beliau tidak melarang Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh sekiranya Ketua Menteri itu mengikuti segala sifat dan kredibiliti yang ditunjukkan tokoh Islam tersebut.

Tambah Shabudin, tindakan itu juga perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyebutnya apabila berjumpa dan melakukan aktiviti di kalangan orang Islam semata-mata.

''Saya tidak larang. Tapi kalau nak ikut, ikut betul-betul. Jangan ada 'dwi standard'. Kena hormati tokoh itu dan bukannya hanya kata jadikan dia (Khalifah Umar) contoh bila jumpa orang Islam.

''Tindakan beliau (Guan Eng ) meluluskan 253 lesen baru pusat hiburan yang hidang minuman keras tahun lalu juga amat bertentangan. Kalau mahu jadikan Khalifah Umar ikon, hormati kredibiliti dan ikut semuanya dan bukan sesetengah saja. Ini satu persepsi yang tidak baik untuk tokoh tersebut," katanya dalam nada tegas.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Penang Wasabi..

3 comments:

  1. Salam bro, dengan cerita artikel tuan ini, kawan teringat pada zaman Parti Komunis Malaya mengganas dulu, bagaimana ada dikalangan orang-orang Melayu menjadi pengkhianat bangsa sendiri dengan memuji-muji kebaikan komunis, walau komunis membunuh, merompak, merogol masyarakat Melayu sendiri di depan mata mereka.... inilah pewaris-pewaris Melayu yg ada dlam PKR-PAS sekarang...

    ReplyDelete
  2. Salam Bro Yang Gambi..

    Itulah jenis melayu yang tak sedar diri. Pengkhianat kepada bangsa sendiri! Tak sedar diri diperkuda oleh kafir..wallahuallam..

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pula sekiranya Guan Eng bertukar kepada Nabi Muhamad SAW yang akan dijadikan contoh barunya.Apa kata Pas dan Pkr? Kalau kita biarkan Guan Eng berbuat sesuka hati dengan tokoh2 islam negara akan menjadi huru hara. Sudahkah Guan Eng meneliti keseluruhan kepimpinan khalifah Umar. Kerajaan Pas di Kelantan pun tak mampu nak ikut cara Khalifah Umar. Nampaknya Pulau Pinang akan melaksanakan hukum hudud tak lama lagi.

    Dap ikut Khalifah Umar,Pas ikut Mao Tze Tung.

    ReplyDelete