~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, May 10, 2010

Selangor Bangkit : Khalid Ibrahim minta buat laporan jika ada penyelewengan!




















Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim meminta Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis jika mempunyai bukti mengenai kegiatan rasuah dan penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Abdul Khalid juga meminta Manikavasagam mendedahkan nama pegawai atasan KSSB yang terlibat dalam rasuah agar kerajaan negeri boleh mengambil tindakan terhadap individu itu.

''Saya berpendapat Manikavasagam harus telus. Kalau betul dia tahu orang yang dimaksudkan, saya nasihatkan dia umumkan namanya segera agar kerajaan negeri boleh ambil tindakan sewajarnya dan segera buat laporan polis," katanya. Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Motivasi Murid Sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.

Semalam, Manikavasagam memberi Abdul Khalid masa 72 jam untuk membersihkan 'kekotoran' di kalangan pegawai atasan KSSB. Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa terlalu banyak rasuah yang dilakukan oleh pegawai atasan anak syarikat kerajaan negeri itu dan ia perlu dibersihkan segera oleh Abdul Khalid.

Manikavasagam juga mendakwa abang Abdul Khalid iaitu Abdul Rahman mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut sehingga ramai kepimpinan PKR tidak senang dengan perkara itu. ''KSSB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan Abdul Rahman tak ada kepentingan di dalamnya," jelas Menteri Besar itu.

Sementara itu : Mani didesak lapor SPRM

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam diminta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaannya mengenai wujud amalan rasuah membabitkan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor jika beliau benar-benar telus.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini bagi membolehkan siasatan terperinci dan tindakan undang-undang diambil berbanding proses pembersihan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikhuatiri tidak telus.

''Manikavasagam perlu menggunakan saluran yang betul dan dalam hal ini jika benar-benar beliau seorang pemimpin yang berintegriti. Laporan segera perlu dibuat bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan oleh SPRM dan beliau tidak perlu tunggu sehingga 72 jam sebenarnya.

''Tetapi saya yakin, beliau adalah antara pemimpin pembangkang yang mempunyai akauntabiliti tinggi dan saya percaya dakwaan yang dibuat itu berlandaskan fakta,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran 1Usahawan dan Karnival Agro Hulu Langat, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di Hulu Langat, di sini hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas kata dua Manikavasagam kepada Abdul Khalid supaya membersihkan anak syarikat tersebut, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.( KSSB), daripada amalan rasuah dalam tempoh 72 jam atau beliau akan mendedahkan secara terperinci butir-butir dakwaannya itu.

Katanya, tujuan asal KSSB ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu dalam usaha untuk menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Bagaimanapun jelas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, terlalu banyak rasuah yang dilakukan oleh pegawai atasan syarikat tersebut malah, abang Abdul Khalid, Abdul Rahman Ibrahim juga mempunyai kepentingan dalam kumpulan itu sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin PKR lain.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kemelut terbaru yang melanda pembangkang ekoran pendedahan Ahli Parlimen Kapar tersebut, Noh berkata, perkara seperti itu memang dijangka kerana terlalu banyak kepincangan sejak pembangkang memerintah beberapa negeri selepas 2008.

''Apa yang menariknya adalah semua pendedahan itu dibuat oleh wakil rakyat mereka sendiri yang mulai sedar bahawa perjuangan pembangkang jauh tersasar dan tidak mengutamakan rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu,'' katanya.
- SBUM.

Penang Wasabi..

1 comment:

  1. Panaaas…, paanaaassss….!

    Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manikavasagam atau lebih dikenali dengan panggilan Mike semakin serius untuk membongkarkan penyelewengan dalam syarikat yang menguruskan jualan pasir dinegeri Selangor iaitu, Kumpulan Semesta Sdn Bhd [KSSB].

    Menurut maklumat yang diterima sebentar tadi, esok, hari Selasa jam 11 pagi Yb Mike akan membuat satu laporan polis di IPD Klang.

    “walaupun ada usaha memujuk, malam tadi Mike terima call dari Anwar…, tapi Mike akan teruskan juga buat police report” kata sumber maklumat Blogmaster tadi.

    ReplyDelete