~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, December 10, 2010

Email dari pembaca untuk Ragunath Kesavan!

























Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan dilaporkan telah menuduh polis menggunakan kekerasan ketika demonstrasi perarakan yang dikepalai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya tidak menggunakan perkataan diketuai kerana sebagai seorang Menteri Besar beliau sebenarnya tidak layak untuk menjadi ketua. Yang layak hanya sebagai kepala sahaja. Sama seperti kepala kereta api dan macam-macam kepala lagi.

Namun bukan mengenai Menteri Besar Selangor yang hendak saya persoalkan. Orang yang tak layak menjadi ketua tidak layak untuk diperbicarakan.

Perkara yang hendak dipersoalkan adalah perihal Presiden Majlis Peguam ini. Bagi saya Ragunath juga tidak layak untuk menjadi ketua kepada Majlis Peguam kerana beliau secara tidak langsung telah menghalalkan tindakan seseorang seperti Khalid itu.

Ragunath telah menuduh pihak polis melakukan kekerasan ke atas pendemonstrasi jalanan dan tahukan beliau tindakan pihak polis itu sebenarnya tidak akan berlaku sekiranya Khalid tidak melanggar undang-undang dengan mengadakan demonstrasi tanpa permit dari pihak polis?

Kenapa tindakan polis yang harus dipersoalkan sedangkan kesalahan Khalid menganjurkan demonstrasi haram itu tidak pula dipersalahkan?

Ragunath, kalau saudara ada cita-cita untuk menjadi wakil rakyat dan berharap pihak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mencalonkan anda sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekalipun, janganlah menghalalkan perkara yang salah dan menyalahkan orang lain yang bertungkus lumus menegakkan undang-undang yang dipelopori oleh kebanyakan peguam.

Saya berkata demikian kerana ada segelintir peguam yang tidak faham undang-undang yang mereka pelajari dan kerana itu mereka melakukan perkara-perkara yang melanggar etika seorang peguam. Sebab itulah pihak Majlis Peguam tidak berani bertindak ke atas peguam yang dituduh membunuh seorang jutawan kosmetik satu ketika dulu.

Presiden Majlis Peguam bila didesak untuk bertindak berkata, Majlis Peguam tidak punya kuasa untuk bertindak. Tapi bagaimana pula Presiden Majlis Peguam boleh menuduh pihak polis bertindak kasar ke atas pendemonstrasi sedangkan demonstrasi itu sendiri diadakan secara haram?

Niat membunuh adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Baru niat pun dah kira salah, inikan pula melakukan sesuatu yang terang-terangan menyalahi undang-undang.

Berhimpun beramai-ramai tanpa permit dari pihak polis adalah satu kesalahan. Kalau buat juga, bermakna telah melakukan kesalahan. Kalau itu pun pihak Majlis Peguam yang berpresidenkan Ragunath kurang arif, maka saya berpendapat benarlah saudara Ragunath ini tidak tahu undang-undang.

Sepatutnya beliau harus melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam. Ragunath tidak layak digelar seorang peguam kerana seorang peguam seharusnya menegakkan undang-undang bukan mencabulinya.

Bersekongkol dengan Khalid yang telah berjanji dengan pihak polis untuk tidak berdemonstrasi dan beliau diiring pihak polis ke Istana Negara. Tapi Khalid mungkir janji. Anda telah bersubahat dengan pihak yang melanggar undang-undang negara, dan anda tidak merasa malu untuk memanggil diri anda sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia.

Jika inilah karekter dan hati budi seorang peguam, saya percaya kelak negara akan ditadbir oleh samseng-samseng jalanan yang menegakkan sesuatu yang salah dan menghalalkan sesuatu yang haram. Bagi seorang samseng, mana ada halal dan haram. Yang ada adalah apa yang mereka mahu mereka dapat.

Kepada pendemonstrasi jalanan, janganlah jadi lembu yang dicucuk hidung dan menyusahkan ratusan ribu orang yang tidak bersalah dan berkepentingan lain hanya kerana anda beranggapan anda akan mendapat sedikit habuan bila kepala samseng ini berjaya kelak.

Ingatlah, suatu hari nanti anda juga akan balasan ke atas apa yang telah anda lakukan. Kepada pihak polis, jalankan tugas anda tanpa takut dan ragu.

MEZA - Sg. Buloh

Penang Wasabi..

Thursday, December 9, 2010

Tangkis usaha pembangkang mempolitikkan isu subsidi!

Pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dilihat sekali lagi terpaksa membuat satu keputusan tidak popular apabila mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula sebagai langkah selanjutnya dalam Program Rasionalisasi Subsidi.

Kita percaya keputusan ini bukanlah mudah bagi kerajaan apatah lagi untuk ia dilabel sebagai keputusan yang terburu-buru mahupun tergesa-gesa kerana kita yakin kerajaan sedikitpun tidak berniat untuk membebankan rakyat.

Dalam hal ini, rakyat juga perlu lebih bersikap terbuka dan adil kepada pihak kerajaan. Ini kerana, pihak kerajaan sudah pasti sentiasa berusaha menjaga imej dan populariti di mata rakyat, namun adakalanya terpaksa membuat keputusan yang kurang popular dan kurang disenangi sebegini demi kelangsungan pembangunan ekonomi negara pada masa akan datang.

Sejak beberapa bulan yang lalu, isu subsidi yang ditanggung oleh pihak kerajaan menarik perhatian khalayak apabila ia mula didedahkan untuk perhatian umum.

Pelbagai pendedahan demi pendedahan telah dibuat dalam bentuk fakta dan juga statistik oleh kerajaan untuk menunjukkan kepada rakyat tentang jumlah sebenar dan jenis subsidi yang ditanggung selama ini dan juga kesan tanggungan selepas ini jika keadaan sekarang berterusan sehinggalah keluar kenyataan bahawa negara boleh muflis suatu hari kelak jika kita tidak bertindak mengurangkan subsidi sekarang.

Walaupun pakar-pakar ekonomi kurang bersetuju dengan ramalan bahawa kita akan muflis, namun satu perkara yang jelas ialah beban tanggungan kerajaan semakin bertambah kerana subsidi. Ini adalah kenyataan dan hakikat yang perlu diterima dan diakui oleh semua pihak.

Dalam konteks politik, isu penyelarasan subsidi boleh diterjemahkan sebagai memberi kesan langsung kepada imej, populariti serta sokongan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Najib.

Seperti yang kita sedia maklum, keputusan kerajaan ini sudah pastinya sedikit sebanyak akan mula memberi kesan kurang baik kepada imej kerajaan di mata rakyat terutamanya masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai pendapatan tetap umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kenaikan harga gula dan minyak ini dilihat mampu memberi kesan yang besar kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan ramai yang mula menzahirkan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap pihak kerajaan.

Maka dalam keadaan ini, sudah mula kedengaran dan kelihatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan isu pengurangan subsidi ini sebagai modal politik mereka demi meraih sokongan rakyat. Mereka secara terang-terangan mempolitikkan isu penyelarasan subsidi ini dengan pelbagai hujah yang dangkal.

Justeru jentera pentadbiran kerajaan perlu memainkan peranan yang aktif dan agresif supaya dapat menangkis segala tohmahan dan tuduhan yang berbaur politik seperti ini yang dilemparkan kepada kerajaan. Kita khuatir jika isu ini dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, maka dengan mudahnya ia akan mempengaruhi mood dan sentimen rakyat untuk membenci kerajaan.

Malah jika segala propaganda politik seperti ini tidak ditangani dengan bijak, ia boleh merubah pandangan, tanggapan dan persepsi rakyat jelata terhadap kerajaan dan juga kepimpinan Najib. Ia pastinya akan mendatangkan kesan dan implikasi yang besar kepada Barisan Nasional (BN) yang sedang giat berusaha untuk memulihkan imej dan meraih keyakinan rakyat selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke-12.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyusun strategi yang efisien dan efektif dengan mencari pendekatan yang lebih bijak dan holistik dalam memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat terutamanya penduduk luar bandar yang tidak begitu arif dan memahami tentang data mahupun statistik yang dibentangkan dan didedahkan dalam media cetak dan juga media elektronik.

Masyarakat kampung lebih suka dan selesa, malah lebih mudah untuk memahami sesuatu perkara apabila ia dijelaskan secara bersemuka dalam bahasa yang mudah difahami mereka. Di sinilah pihak kerajaan perlu menggerakkan seluruh jentera yang ada terutamanya Jabatan Penerangan Negeri dan juga wakil-wakil parti komponen agar dapat membuat siri jelajah ke seluruh kawasan luar bandar demi mendekati penduduk yang masih kurang faham dan perlukan penjelasan. Usah biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan seterusnya memutarbelitkan fakta dengan sewenang-wenangnya.

Kerajaan perlu membuktikan kepada rakyat bahawa penyelarasan subsidi adalah untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat untuk tempoh jangka masa yang panjang iaitu sekurang-kurangnya bagi tempoh lima atau 10 tahun yang akan datang terutamanya dalam usaha untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang tahun 2020.

Dalam hal ini, apa yang kita boleh syorkan ialah di samping pihak kerajaan perlu melipatgandakan usaha untuk menangkis segala tohmahan politik yang dilemparkan, kerajaan juga pada masa yang sama wajar berusaha meraih sokongan rakyat dan ia boleh dicapai jika kerajaan bijak membelanjakan jumlah subsidi yang berjaya dikurangkan itu.

Penang Wasabi..

Tuesday, December 7, 2010

Henti pertikai hak orang Melayu - Sultan Pahang!

Dilihat seorang demi seorang raja Melayu mula bersuara apabila Ketuanan Melayu mula diusik oleh orang Melayu sendiri. Selepas baginda Sultan Selangor diikuti oleh Sultan Johor. Dan yang terbaharu pula adalah Sultan Perak dan juga Sultan Pahang.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu berkaitan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Titah baginda, meskipun orang Melayu mempunyai hak keistimewaan tersendiri namun hak-hak kaum lain tetap terpelihara.

"Tidak wajar perkara ini (hak orang Melayu) dibangkitkan. Dalam Perlembagaan hak-hak semua kaum telah dijelaskan termasuk kebebasan beragama.

"Semua diperuntukkan dalam Perlembagaan, orang Melayu dan bukan Melayu sudah diberi hak. Contohnya bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi atau agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain serta bangsa lain boleh mengguna atau mengamalkan bahasa serta agama mereka di negara ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu melahirkan rasa sedih dengan perbuatan mencuit hak orang Melayu yang kian ketara terutama di kalangan orang politik untuk mencari undi.

Polemik mengenai perkara itu muncul selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan tertinggi parti itu baru-baru ini berikrar untuk tidak meneruskan agenda Ketuanan Melayu jika pembangkang menguasai kerajaan kelak.

Sultan Ahmad dalam titahnya sebelum itu menegaskan, baginda mahu kejayaan cemerlang yang dicapai secara individu diterjemahkan menjadi kegemilangan ummah secara keseluruhannya agar ia dapat dikongsi bersama.

Titah baginda, pada masa ini, ramai individu Islam yang mencapai kejayaan secara peribadi dalam bidang pengetahuan, pembinaan dan perniagaan.

"Justeru, saya mahu melihat kejayaan secara individu itu diterjemah kan kepada kegemilangan ummah secara keseluruhannya," titahnya.

Baginda turut menyeru supaya tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah diterjemahkan ke dalam kehidupan realiti dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.

Tema itu juga, titah baginda, merupakan satu harapan agar semua rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa batasan ideologi, budaya, etnik dan agama.

"Untuk itu, saya menyeru semua pihak supaya berdiri, berfikir dan bertindak sebagai satu warga Malaysia dengan mengambil tindakan berdasarkan kepentingan semua etnik dalam negara," titah baginda.

Kepada orang Melayu yang jadi pengkhianat bangsa itu harap dapat berfikirlah. Kalau rasa-rasa sudah tidak boleh menerima Ketuanan Melayu, dinasihatkan eloklah tinggalkan negara ini!!!

Penang Wasabi..

Sunday, December 5, 2010

TERHANGAT DIPASARAN : “Mohamad Sabu, Air Mata Di Bumi Memali”..kenapa Mat Sabu menghalang penjualan buku ini???

SEBUAH PENDEDAHAN YANG BERANI. SEGERA DAPATKAN NASKAH ANDA UNTUK ANDA LEBIH MENGETAHUI FAKTA SEBENAR DISEBALIK PERISTIWA BERSEJARAH. BUKU INI MEMBERI ANDA PELUANG UNTUK LEBIH MENGENALI INDIVIDU YANG MENDAPAT JOLOKAN 'PANGLIMA JIHAD' MEMALI.

Beliau juga adalah antara individu penting dalam PAS Kedah masa kini. Billy pada satu ketika pernah berpeluang mengenali individu ini secara dekat.

Kesempatan yang diperolehi membolehkan Billy bermesra dan menilai hati budi YB Sen. Hj. Yusuf bin Husin yang begitu mengidamkan jawatan Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Kedah tetapi tersekat oleh jawatan semasa sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah dan lafaz mulut gatai beliau untuk tidak meninggalkan 'Bukit Uhud' dan tidak dilantik ke sebarang jawatan. Sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari

Sebagaimana sirah Peperangan Uhud, godaan ghanimah ( jawatan, elaun dan kemasyuran ) tidak dapat dibendung lagi. Beliau berusaha mendapatkan kerusi Senator Dewan Negara dengan cara yang sangat memualkan, beliau menangis dan merayu-rayu kepada YAB Ust. Azizan persis kanak-kanak yang merengek menagihkan aiskrim Conetto kelakunya.

Pimpinan dan sebahagian besar ahli PAS Kedah maklum akan peribadi beliau yang bersifat ANANIAH dan merupakan seorang PEMBODEK YAB Ust. Azizan tahap GABAN.

Beliau tidak diterima oleh PAS Kawasan Baling, kampong halaman beliau sendiri.

Beliau turut merupakan memainkan peranan penting beberapa agenda gelap dengan membelakangi Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah yang telah mengegarkan pentadbiran kerajaan PR Kedah seawal tahun pertama dan hampir menjerat YAB Ust. Azizan dan kerajaan PR Kedah.

Akan tetapi begitu licik melepaskan diri dgn memangsakan Che Had Dhali ( seorang individu yang berjasa kepada PAS Kedah malah kepada beliau dan YAB MB secara peribadi. Pemergian beliau Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Haji turut dibiayai sepenuhnya ) dan beberapa orang lagi aktivis PAS Kedah.

PADA BILLY SECARA PERIBADI, BELIAU ADALAH SEORANG INDIVIDU YANG SANGAT OPUTUNIS DAN PENUH HIPOKRASI YANG MELAYAKKAN BELIAU SEBAGAI SEORANG HUMANISER. JANGKA HAYAT BELIAU DALAM PAS KEDAH BAKAL BERAKHIR DENGAN SADIS DAN MENGAIBKAN.

Utusan Malaysia hanya menyiarkan tindakan menghalang buku itu oleh PAS Kawasan Baling sendiri.

Isu kandungan buku itu banyak disasarkan kepada Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Yb. Senator Yusoff Hussain di mana beliau pernah digelar dengan panggilan Panglima Jihad ketika perjuangan Al Marhom As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud pada tahun 1985/86 yang lebih terkenal sebagai Ust.Ibrahim Libya.

Yusuf Hussain juga merupakan kesayangan MB. Kedah, Ustaz Azizan. Yang terlibat dalam membantu menjual buku tersebut ialah anak-anak Mangsa Memali yang terlibat dengan peristiwa tersebut 25 tahun yang lalu.

Apakah yang cuba di bongkarkan oleh mereka setelah sekian lama menderita, di manakah wang beratus ribu RM sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan perjuangan.

Apa yang sedang berlaku dalam PAS Kedah khususnya pimpinan Negeri?. Apakah penyelewangan wang jihad telah disalah guna oleh pemimpin yang tertentu hingga mangsa Memali itu sendiri mengambil tindakan yang demikian.

Oleh kerana terdapat banyak pihak yang ingin mengetahui kebenaran buku itu eloklah memesan sendiri pada pengarangnya sebab ini mungkin dapat membantu pihak tertentu mencegah kemungkaran dalam Parti atau mencari jalan peyelesaian sebelum ianya menjadi parah akibat dari beberapa pimpinan PAS yang rakus dengan kuasa Pangkat dan habuan tampa mengambil kira golongan yang dizalimi oleh Pemimpin Parti itu sendiri.

Untuk mendapatkan Buku tersebut, sila buat pesanan terus kepada Pengarang:

En. Zainon Ismail.
A/C No.: 02048010048801 (BIMB)
Warisan Syuhada 1510, Kampong Memali,
Baling, KEDAH.
Atau Hantarkan Money oder/Wang Pos

TEL:019-424-2597
Sila SMS Setelah membuat bayaran Harga RM 20 + Penghantaran Rm 6.00 = RM 26.00

sumber : Helang Kedah

Penang Wasabi..

Saturday, December 4, 2010

Guan Eng si ketua lanun gagal bela nasib rakyat Pulau Pinang..!!!

Rumah di Pulau Pinang yang paling mahal! Itu fakta terkini yang didedahkan kajian yang diketuai oleh Dr. Micheal Lim Mah Hui, Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi & Alam Sekitar (SERI).

Menurut kajian, purata harga rumah di Pulau Pinang adalah RM 540,000.00, jauh lebih tinggi dari purata harga rumah di sekitar Lembah Klang, RM 390,000.00. Sudahlah tanah milik Melayu hanya tinggal 1.16 % sahaja! Selepas ini, mungkin rakyat Pulau Pinang terpaksa hidup di dalam bot, perahu dan merancang menubuhkan perkampungan terapung di laut…

Siapakah yang mampu membeli rumah yang puratanya berharga RM 1/2 juta ini? Persoalan ini harus dijawab sepenuhnya oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang gagal memantau kenaikan harga pasaran rumah di “Pulau Mutiara” tersebut.

Kenaikan harga rumah yang ternyata melampau ini secara jelas adalah dibawah kelulusan pihak Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang berikutan kuasanya meluluskan projek-projek perumahan tempatan. Selain itu, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang juga berkuasa penuh terhadap pentadbiran tanah di Pulau Pinang.

Hanya kerana beralasan memperolehi pulangan cukai yang lumayan dari pihak pemaju perumahan, Kerajaan DAP Pulau Pinang melupakan keperluan asas rakyat negeri tersebut bagi memiliki rumah sendiri. Jelas sekali, Guan Eng melupakan rakyat Pulau Pinang yang majoritinya tidak mampu memiliki rumah-rumah yang sangat tinggi harganya.

Dengan melonjaknya harga rumah di Pulau Pinang dengan sewenang-wenangnya ini, maka rakyat negeri itu hanya mampu menyewa rumah kampung dan flat-flat kos rendah sehingga ke akhir hayat…

Mengapakah Kerajaan DAP Pulau Pinang ini “terlepas pandang” dengan nasib majoriti rakyat Pulau Pinang yang tidak memiliki rumah sendiri? Bukankah selama ini Guan Eng, PKR dan PAS Pulau Pinang begitu mendabik dada sebagai “pembela nasib rakyat”?

Mengapa nasib rakyat Pulau Pinang tidak diperjuangkan untuk memiliki rumah sendiri? Apakah dengan “habuan” dari pihak pemaju perumahan menyebabkan Guan Eng dan exco-exconya “kelam mata”? Nampaknya nasib rakyat Pulau Pinang berubah teruk selepas pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah Pulau Pinang…

Mari kita imbas kembali rentetan kronologi isu “rakyat Pulau Pinang kehilangan rumah atau tempat tinggal”. Pertamanya, isu Kampung Buah Pala. Kampung ini turun temurun menjadi tempat tinggal “pusaka” bagi bangsa keturunan India di Pulau Pinang.

Dengan kuasa dan kerakusan keuntungan, Kerajaan DAP Pulau Pinang ”merampas” keperluan asas kehidupan manusia ini dengan kejamnya. Kemudian satu demi satu kawasan perkampungan Melayu di”rampas” kejam oleh Guan Eng dan konco-konconya, termasuklah yang paling terkini di Kampung Genting, Balik Pulau.

Kampung-kampung yang menjadi tempat tinggal dan kawasan perumahan turun temurun dirobohkan begitu saja oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Sudahlah begitu, kawasan-kawasan perniagaan gerai kecil-kecilan orang Melayu dan India juga turut menjadi mangsa “hujung jari” Guan Eng. Nak cari makan pun susah…

Sudah rumah dirobohkan, gerai mencari makan dirampas Kerajaan Guan Eng, kini rakyat Pulau Pinang di”jemput” membeli rumah yang berharga lebih dari RM 1/2 juta??? Rasionalkah perencanaan sosioekonomi mengikut acuan DAP, PKR dan PAS Pulau Pinang ini? Ini bukan “membela” namanya, ini “nak kasi mampos”…!!!

Sepatutnya, jika DAP, PKR dan PAS ingin mendabik dada sebagai “pembela nasib rakyat”, seharusnya mereka menjaga kebajikan rakyat negeri Pulau Pinang. Binalah rumah “mampu milik” yang sederhana harganya dan tidak melampau. Sepatutnya Guan Eng hanya meluluskan projek perumahan yang menawarkan harga berpatutan kepada rakyat negeri Pulau Pinang.

Guan Eng mesti menggalakkan pemaju perumahan membina kos sederhana yang lebih mampu dibeli rakyat, berpadanan dengan pendapatan mereka yang kebanyakkannya berpendapatan sederhana. Kerajaan Guan Eng harus mendahulukan pemilikan rumah kepada rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu…

Menurut kajian, rumah-rumah mahal di Pulau Pinang ini kebanyakkannya dibeli oleh pelabur asing dan spekulator yang kaya-raya, dan ingin terus memeras hartanah milik rakyat Pulau Pinang ini. Mengapa “kera di hutan disusukan dan anak di rumah dibiar kelaparan”?

Mengapa diberikan khazanah hartanah di Pulau Pinang kepada pihak asing, sedangkan anak Pulau Pinang sendiri terpaksa berkerja kuat untuk membayar sewa rumah yang semakin tinggi oleh tuan-tuan rumah “kedaung” itu? Jelas, Guan Eng dan Kerajaan DAP, PKR dan PAS Pulau Pinang gagal membela nasib rakyat…

Hakikat ini sudah terjadi. Kini, para pembaca boleh mengunjungi Pulau Pinang dan melihat sendiri rumah-rumah mewah tahap melampau sedang dibina di sekitar Tanjung Bungah, Batu Feringghi, Teluk Bahang dan banyak lagi kawasan-kawasan strategik. Dan harga rumah-rumah tersebut tentunya tidak mampu dibayar oleh majoriti rakyat Pulau Pinang.

Penulis sendiri baru-baru ini ada ke Pulau Mutiara tersebut. Teringin juga membeli rumah di tepi pantai Batu Feringghi. Namun bila melihat harganya, sampai mati pun rasanya penulis tak mampu membeli rasanya. Sekadar “menelan air liur” sajalah…( myKMU ).

Nampak sangat Guan Eng si ketua lanun ini nak menghalau orang Melayu dari Pulau Pinang secara halus!!!

Dimana Pakatan Rakyat kuat, disitu rakyat bakal merempat!!!

Penang Wasabi..

Thursday, December 2, 2010

Anwar sebenarnya tak faham akan Ketuanan Melayu! Lihat bagaimana Anwar putarbelit kenyataan..!!!

Setelah melihat Raja dan orang Melayu mula bangkit dan marah dengan kenyataan mereka menolak Ketuanan Melayu, si bangsat Anwar ini cuba putar belit konsep Ketuanan Melayu. Nampak sangat si bangsat Anwar ini cuba memperbodohkan orang Melayu dengan keyataan beliau!

Kelihatan Anwar Ibrahim tetap mempertahankan pendiriannya untuk menolak konsep ketuanan Melayu. Katanya, ini kerana konsep yang menjadi polemik tersebut merujuk kepada amalan 'tuan dan hamba' dalam masyarakat."

Tuan hanya boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Kita lihat 'tuan' adalah untuk kaum yang memiliki kuasa."Kalau Melayu itu 'tuan', bagaimana dengan kaum Cina, Kadazan dan kaum yang lain?"

Katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya Ahad lalu berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu.

Anwar dalam ucapan penggulungan di hari terakhir kongres PKR itu memperlekehkan konsep ketuanan Melayu serta usaha-usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera.

Anwar berkata, dalam setiap ucapan pakatan pembangkang, prinsip Perlembagaan, isu agama Islam dan orang Melayu tidak dibangkitkan tetapi ia dipertahankan.

Hakikat sebenar Ketuanan Melayu :

Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Adakah Anwar faham dengan maksud diatas? Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Wednesday, December 1, 2010

Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang!

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.

Memang sepatutnya Pulau Pinang kembali kepada Kedah!

Penang Wasabi..