~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, August 26, 2013

Malaysia perlu tolak TPPA - Dr. Mahathir!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Malaysia perlu menolak dan keluar daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Dalam ucaptama Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ni Dr. Mahathir berkata, TPPA hanya menjadi alat untuk Amerika Syarikat menguasai pasaran tempatan dan tidak menguntungkan negara.

Katanya, TPPA diperkenalkan selepas negara berkenaan gagal menguasi pasaran tempatan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan Am (GATT).

"Usaha ini dilakukan AS kerana negara itu menghadapi masalah ekonomi. Kalau mereka dapat mengekspoitasi negara-negara bekas jajahan mereka akan memperoleh kekayaan yang banyak.

"Selepas gagal dengan segala usaha, mereka memperkenal TPPA yang bukan perjanjian semata-mata tetapi untuk mengikat negara yang kurang sedar.. Perjanjian ini sudah tentu menguntungkan mereka." kata Dr. Mahathir.

Tegas beliau, banyak perjanjian yang dilakukan Amerika Syarikat dengan negara lain hanya merugikan negara terbabit.

Antaranya negara Equador yang berhadapan dengan saman berjumlah AS$2.3 bilion oleh syarikat Amerika kerana tidak mematuhi FTA.

Menurut Dr. Mahathir tanpa TPPA, Malaysia masih mampu mengembangkan perdagangan negara yang kini mencecah AS$1 trilion.

Persidangan selama dua hari itu anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment