Hafizh Syahrin (depan, tengah) diapit Steve Rapp (kiri) dan Travis Wyman selepas memenangi perlumbaan AMA Pro Vance & Hines Harley Davidson di Indianapolis, semalam.
INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat - Hafizh Syahrin Abdullah semakin mencipta nama di persada antarabangsa apabila berjaya menjulang gelaran juara dalam perlumbaan AMA Pro Vance & Hines Harley Davidson - perlumbaan sokongan Grand Prix Dunia (MotoGP) Indianapolis, di Litar Indianapolis, Amerika Syarikat, semalam.
Selepas melakar kejayaan di tempat ketiga pada Perlumbaan 1, kelmarin, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu meneruskan aksi bertaraf dunia apabila berjaya menguasai jentera Harley Davidson XR1200 yang pertama kali digunakannya untuk muncul juara dengan mengetepikan pelumba pilihan, Steve Rapp yang telah pun mencatat empat kejuaraan berturut-turut sebelum beraksi di Indianapolis.
Rapp yang turun ke litar dengan hasrat untuk menebus kekecewaan setelah sekadar menamatkan Perlumbaan 1 di belakang Hafizh memberikan cabaran sengit apabila berjaya mendahului pelumba muda berusia 19 tahun itu dari peringkat awal perlumbaan.
Namun, pada saat-saat akhir perlumbaan, Hafizh menggunakan kemahiran yang ada untuk memintas Rapp dari bahagian dalam litar dan seterusnya muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.
"Saya cuba tampil memberikan yang terbaik walaupun pertama kali beraksi menggunakan jentera ini. Setiap sesi digunakan untuk memahami jentera dan juga litar agar dapat memperbaiki kelemahan dan mencatat masa yang lebih baik.
"Kami berjaya mendapatkan pelarasan yang begitu baik untuk perlumbaan pertama, dan kemudiannya terus dipertingkatkan pada perlumbaan kedua. Saya mengubah sedikit suspensi belakang agar lebih baik dan tidak tergelincir sebagaimana yang kerap berlaku pada perlumbaan pertama."
"Hasilnya cukup memuaskan dan membantu saya untuk berada di hadapan. Hanya saya dan Rapp yang bersaing di hadapan dan saya hanya berada di kedudukan kedua sehingga ke penghujung perlumbaan," ujar Hafizh.
Penang Wasabi..
No comments:
Post a Comment