~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, September 22, 2012

Ada komplot mahu 'tendang' Mansor keluar dari PKR?



Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri berkenaan dipercayai berkomplot untuk menjatuhkan beliau.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, kumpulan tersebut kurang senang dengan pencalonan Mansor untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Mei 2009.

Menurut beliau, Mansor juga kurang disenangi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas mengetahui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu menggelarnya sebagai sombong, angkuh dan dianggap tokong oleh masyarakat Cina.


''Persoalan yang timbul ialah bagaimana Guan Eng memperolehi maklumat yang terkandung dalam minit mesyuarat strategik PKR pada Mac lalu?

''Mungkin ada dalam kalangan pemimpin kanan PKR Pulau Pinang sendiri menyampaikan maklumat berkenaan kepada Guan Eng sebagai satu cara untuk menghancurkan kerjaya politik Mansor," katanya di sini hari ini.

Zamil memberitahu, gerakan menjatuhkan Mansor bermula sebaik sahaja Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan namanya bertanding untuk mempertahankan kerusi parti berkenaan di DUN Penanti.

''Pimpinan PKR Pulau Pinang berpandangan ada calon lain dari negeri itu yang lebih layak daripada Mansor, namun mereka terpaksa akur dengan keputusan Anwar," ujarnya.

Beliau turut mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tahu tentang komplot tersebut kerana pada masa itu, beliau masih memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment