~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, April 26, 2011

Lim biaDAP kata Malaysia amal idea Hitler?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini dikecam apabila dikatakan cuba menggambarkan seolah-olah negara ini mengamalkan idea Hitler iaitu seseorang itu lebih unggul dari yang lain kerana warna kulit.

Idea berkenaan menurut blog Minda Intelek Melayu (M.i.M), dilontarkan oleh Guan Eng dalam perutusan beliau sempena sambutan Hari Easter 2011 seperti yang disiarkan menerusi laman blognya semalam.

Kenyataan Guan Eng itu, kata blog berkenaan, berbaur hasutan dan berat sebelah kerana adalah tidak masuk akal apabila segala yang terbina dalam negara ini adalah berdasarkan kepada idea-idea Hitler.

''Jika benar, tidak mungkin ada kaum lain yang lebih cemerlang daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Perkara itu tidak pernah terjadi tetapi Guan Eng berfikiran sedemikian!," kata blog itu menerusi entri terbaru seperti yang disiarkan di http://novandri.blogspot.com, hari ini.

Blog itu menambah, kenyataan Guan Eng berhubung isu bible dalam perutusan sama juga sangat dikesali kerana cuba menggambarkan seolah-olah pengasingan hanya dikenakan terhadap bible sahaja.

Sedangkan jelas blog itu, al-Quran juga mempunyai banyak lapisan dan protokol sebelum sampai ke tangan penganut Islam.

Guan Eng berhubung isu bible itu juga dilaporkan berkata, sekatan hak orang Kristian untuk menggunakan bahasa apa pun untuk beribadah seharusnya dihentikan dan tindakan menghalang cetakan bible dalam bahasa Melayu merupakan tindakan menolak kitab tersebut.

''Malah isu tersebut juga telah diselesaikan dengan baik atas inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka, apa perlu pemimpin DAP itu mengapi-apikan lagi isu sensitif yang telah selesai?," tulis blog itu.

Justeru blog itu menambah, pihak berkuasa perlu meneliti teks mesej Guan Eng itu demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat yang telah berjaya dijalin di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama.

Komen : Memang mangkok hayun betul lah Lim biaDAP nih! Sedarlah diri oiii!!! Kalau Malaysia mengamalkan idea Hitler, tidak ada kaum lain selain dari orang Melayu di bumi Tanah Melayu ini! Ada faham ka bangsat!!!! Pi balik tongsang la lu Lim biaDAP!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment