~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, April 20, 2011

Adakah 'Ali Baba' antara sebab kematian Teoh Beng Hock!

Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa mendiang adalah perantara dan terlibat dalam menentukan sebut harga bagi projek yang diluluskan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Ahli perniagaan Lee Wye Wing, 52, berkata, Beng Hock mengetahui setiap jumlah tuntutan yang dipohon daripadanya dan dia akan menyampaikan maklumat (jumlah tuntutan) kepada Hian Wah yang merupakan ketuanya.

Wye Wing berkata, sebelum jumlah tuntutan itu dipersetujui, beliau akan menghantar e-mel kepada Beng Hock dan pindaan akan dibuat sekiranya Hian Wah tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan.

"Sebarang pindaan yang dibuat oleh Hian Wah akan dimaklumkan kepada saya melalui Beng Hock dan saya kemudiannya akan meminda harga yang telah ditetapkan oleh Hian Wah,” katanya ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan oleh suruhanjaya itu.

Wye Wing berkata, salinan sebut harga itu yang telah ditandatangani oleh pemilik syarikat telah dihantar kepada Hian Wah untuk simpanan.

Beliau menafikan dakwaan Muhammed Shafee bahawa syarikat milik isterinya iaitu WSK Services, dibiayai oleh ahli DAP dan menafikan beliau menggunakan syarikat Bumiputera untuk memperoleh projek bagi kontraktor Kelas F.

Syarikat bumiputera itu adalah MKMN Enterprise, MA Bina Melur Enterprise, Fizami Construction dan Aris Enterprise. Wye Wing bersetuju dengan Muhammed Shafee bahawa syarikat-syarikat berkenaan mendapat wang pendahuluan daripada DAP sebelum mendapat bayaran balik daripada Pejabat Tanah dan Daerah.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Muhammed Shafee bahawa isterinya dan seorang anak saudaranya mempunyai hubungan dengan pemimpin tertinggi DAP.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment