~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, April 2, 2011

Isu Bible bahasa Melayu : Mengapa mesti Jala dan tidak Hishamudin yang keluarkan kenyataan!


Kenyataan akhbar Datuk Seri Jala mengenai isu bible

Berikut adalah kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mengenai isu bible:

Kerajaan telah mengesahkan bahawa terdapat dialog berterusan di antara kumpulan Kristian untuk permintaan Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan juga isu-isu agama yang lain.

Dengan pertimbangan terhadap perbezaan pendapat oleh kumpulan-kumpulan agama lain termasuk penganut agama Islam, Kerajaan telah bersetuju di atas jalan penyelesaian berdasarkan 10 aspek seperti berikut:

1. Bible dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia boleh diimport ke Malaysia.

2. Bible itu juga boleh dicetak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian.

3. Bible dalam bahasa asli Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang boleh dicetak di dalam negeri dan diimport masuk.

4. Bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai komuniti Kristian besar, tidak terdapat syarat kepada pengimportan dan percetakan Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa asli lain. Syarat untuk cop 'Penerbitan Kristian' dan juga nombor siri turut terkecuali dan tidak perlukan.

5. Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan 'Penerbitan Kristian' ('Christian Publication') dan tanda Salib pada kulit hadapan.

6. Demi semangat 1Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa Bible dan bahan bacaan Kristian semasa melawat negeri-negeri itu.

7. Arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Menteri Dalam Negeri untuk memastikan isu Bible ini diimplementasi dengan cara berkesan mengikut keputusan ahli Kabinet. Tindakan disiplin akan diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi peraturan mengikut Perintah-perintah Am. Taklimat akan diberikan oleh pegawai tertinggi kerajaan termasuk Peguam Negara (AG) kepada penjawat awam yang releven untuk memastikan pemahaman yang menyeluruh dan pelaksanaan yang mengikut perintah.

8. Bagi Bible dalam bahasa Malaysia/Indonesia yang disita di Kuching, Gideon, para pengimport boleh memungut 30,000 Bible itu tanpa sebarang kos. Ini adalah berikutan tawaran daripada kumpulan penderma Kristian untuk membiayai kos yang terlibat. Tawaran sama juga telah dibuat untuk pengimport 5,100 Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia di Pelabuhan Klang yang telah dipungut oleh Bible Society Malaysia (BSM) minggu lepas.

9. Lebih daripada isu Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia ini, Kerajaan mengekalkan komitmen untuk terus bekerja dengan kumpulan Kristian dan juga kumpulan penganut agama lain untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu agama demi mengekalkan persefaham antara agama dan penyelesaian mengikut Perlembagaan Negara dan Undang Undang di Malaysia. Bagi mempercepatkan penyelesaian terhadap isu ini, Perdana Menteri Malaysia akan bertemu dengan wakil daripada Christian Federation of Malaysia (CFM).

10. Ahli kabinet yang beragama Kristian turut akan bertemu dengan wakil daripada kumpulan-kumpulan Kristian untuk membincangkan isu-isu agama dan mencari jalan penyelesaian bersama Kementerian yang relevan dan Perdana Menteri.

Idris berkata: "Adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah. Kita harus mencari jalan penyelesaian yang berkenaan isu Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan mesti mengambil kira bagaimana isu-isu yang akan datang dapat dihadapi dengan kumpulan-kumpulan Kristian".

Yang menghairankan mengapa mesti Datuk Seri Jala yang keluarkan kenyataan ini dan bukannya Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn?

Dan persoalan dari penulis ialah mengapa kitab Bible mesti ditulis kedalam bahasa Melayu? Selama ini dilihat tiada pun masalah apabila Bible diterbitkan kedalam bahasa lain dan bukannya bahasa Melayu? Mengapa sekarang mereka bersungguh-sungguh mahukan kitab Bible kedalam bahasa Melayu. Seolah-olah ada udang disebalik batu dan ada yang tersirat dan tersurat?

Sanggupkah kita melihat lebih ramai orang-orang Melayu bakal menjadi MURTAD sedikit demi sedikit dengan penerbitan lebih banyak Bible berbahasa Melayu ini...!!!Fikir-fikirkanlah..Wallahuallam.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment