~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Sunday, April 17, 2011
Kerjasama faktor kejayaan BN di Sarawak!
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat menjadi faktor utama kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.
Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri Sarawak juga berganding bahu dengan kerajaan pusat dalam memberi harapan kepada rakyat negeri itu untuk membawa perubahan yang lebih besar pada masa depan.
"Ini merupakan satu petanda bahawa kita diterima dengan baik dan imaginasi rakyat berjaya disentuh dengan pelbagai transformasi negara seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengikuti keputusan pilihan raya negeri Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), malam ini.
Menurut Najib, kemenangan yang sangat meyakinkan itu juga bererti apa yang diuar-uarkan pembangkang termasuk melalui media alternatif pada umumnya tidak diterima oleh pengundi di Sarawak.
Malah, katanya, percubaan pembangkang kononnya untuk mencetuskan tsunami politik di Sarawak juga gagal kerana pengundi di negeri itu pada kesudahannya mampu berfikir secara rasional dan tidak mengikut emosi.
"Malah, penduduk Sarawak juga telah menyatakan dengan jelas bahawa masa depan mereka di bawah kerajaan BN adalah terjamin dan pembangkang bukanlah alternatif terbaik," ujar beliau.
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment