~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, March 5, 2011

PRK DUN Kerdau : Tradisi BN bela rakyat!

TEMPOH berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau semakin menghampiri penghujungnya.

Esok, seramai 8,999 pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi menentukan wakil rakyat yang baru selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia pada 12 Februari lalu.

Boleh dikatakan perjalanan kempen di PRK Kerdau agak bersih dan ‘dingin’ daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini antara dua parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di Kerdau baru-baru ini, calon Barisan Nasional (BN), SYED IBRAHIM SYED AHMAD atau Syed Ibra optimis bahawa BN mampu mengekalkan rekod bersihnya di DUN terbabit.

Ikuti wawancara wartawan Utusan Malaysia dengan Syed Ibrahim yang berjanji untuk meneruskan segala usaha-usaha yang dijalankan oleh Zaharuddin demi kebajikan penduduk di kawasan terbabit.

Dalam pertemuan itu juga, Syed Ibrahim menghormati kredibiliti lawannya, Hasanudin Salim walaupun calon Pas itu pernah kecundang sebanyak dua kali di DUN tersebut pada pilihan raya lalu.

Utusan: Selepas hampir seminggu berkempen, adakah BN yakin dapat menambah undi majoriti pada PRK DUN Kerdau, esok.

Syed Ibrahim: Memang para pemimpin BN menaruh harapan supaya majoriti undi kita semakin meningkat atau dengan kata lain, menang bergaya.

Alhamdulillah, dalam siri pertemuan dengan pengundi di DUN Kerdau, kita dapati pengundi mempunyai komitmen yang tinggi terhadap BN dan ini saya nampak adalah faktor pucuk pimpinan yang berjaya mengekalkan tradisi membela rakyat sebagai asas perjuangannya. Tradisi itu dapat mereka rasai dalam kehidupan dan ia bukan cerita dongeng.

Sepanjang tempoh berkempen kali ini, seolah-olah tiada isu besar dibangkitkan oleh kedua-dua parti bertanding.

Hendak kata tiada isu memang mustahil. Isu yang dibuat-buat memang biasa dilakukan. Namun isu yang berkaitan dengan kemaslahatan pengundi, memang ada.

Misalnya, jalan sudah ada tetapi mereka minta dinaiktaraf, elektrik sudah ada tetapi ‘power’nya masih kurang. Pendek kata, banyak perkara yang perlu ditambah nilai.

Begitu juga soal kebajikan, golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) telah diberi bantuan, tetapi memerlukan penambahan berikutan kenaikan kos.

Bagi masyarakat Cina, mereka minta kerajaan membantu merancakkan pembangunan ekonomi. Mereka minta kita fikirkan.

Kalau difikirkan memang mudah, kita bina perumahan dan penduduk akan bertambah. Bagaimanapun, untuk melakukan projek-projek itu, kita memerlukan kekuatan daripada kita sendiri. Kita yakin kerajaan BN memang berusaha ke arah itu.

Bagaimana dengan isu-isu peneroka. Adakah telah diselesaikan.

Isu yang selalu mereka sebut ialah berhubung pembayaran ses. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mencari jalan keluar dengan mengumumkan opsyen ketika mengunjungi Felda Jengka 23, baru-baru ini.

Dengan keputusan itu, kerajaan tidak terbeban dan peneroka terbela. Keputusan itu memberikan situasi ‘untung-untung’ kepada kedua-dua pihak.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 54 keluarga di Felda Jengka 23 dikatakan tegar parti pembangkang, adakah BN telah menemui mereka.

Pesanan buat pengundi-pengundi di DUN Merlimau. Terjemahkanlah sokongan anda dengan mengundi Barisan Nasional ( BN )esok. Terima kasih. InsyaAllah.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment