~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, March 13, 2011

Keranda untuk Guan Eng biaDAP pula selepas ini?

























Ketua Menteri Lanun, Lim Guan Eng biaDAP diberi tempoh kira-kira sebulan untuk menyelesaikan masalah dihadapi oleh orang Melayu di negeri itu seperti terkandung dalam memorandum Majlis Gabungan Pertubuhan (NGO) Melayu Islam.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil oleh Guan Eng dalam tempoh tersebut, pihaknya akan menghantar keranda seperti yang dilakukan terhadap Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik semalam.

Selain itu, beliau juga akan menganjurkan demonstrasi lebih besar jika Setiausaha Agung DAP itu terus mendiamkan diri dan tidak mengendahkan amaran tersebut.

"Guan Eng kena ambil tahu masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di Pulau Pinang.

"Kalau dia tidak masuk campur dalam tempoh sebulan ini, saya akan hantar keranda untuk dia pula.

"Ambil iktibar dengan kejadian semalam, buatlah mesyuarat dengan Exco-Exco, jangan buat endah tak endah," katanya di sini hari ini.

Semalam, kerajaan DAP Pulau Pinang 'dihadiahkan' keranda oleh gabungan NGO Melayu sempena tiga tahun pentadbirannya.

Keranda tersebut ditempah khusus untuk Wei Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar.

Selain itu, memorandum berkenaan antara lain menyatakan kekhuatiran rakyat khususnya orang Melayu terhadap tindakan-tindakan Guan Eng sepanjang tiga tahun mentadbir negeri turut diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas semalam.

Mohamed Ghani sebelum itu menyertai perhimpunan secara aman mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Kira-kira 30 orang dari tiga NGO menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di depan Masjid Jamek Jelutong di sini.

Mereka merupakan ahli-ahli Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Gabungan NGO-NGO Melayu Pulau Pinang.

Dimana Pakatan rakyat kuat, disitulah rakyat semakin merempat!

Penang Wasabi ( PW )..

No comments:

Post a Comment