~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, March 15, 2011

Manifesto: Pas Kedah jangan berdalih!




















Kerajaan Pas Kedah diminta berhenti berdolak-dalih berhubung gesaan agar menyenaraikan dengan terperinci pelaksanaan manifesto Pilihan Raya Umum 2008 Pas Kedah selepas tiga tahun mentadbir negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kerajaan negeri tidak perlu khuatir untuk menyenaraikan pelaksanaan manifesto tersebut jika benar dakwaan mereka kononnya sebanyak 80 peratus daripadanya telah ditunaikan.

"Berani kerana benar, maka kalau benar umumkan sekarang. Tidak perlu berdalih dengan menyatakan akan mendedahkan perkara ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada April ini jika ada pertanyaan mengenainya.

"Apa yang saya nampak ialah kerajaan negeri cuba memesongkan isu manifesto kerana mereka sebenarnya menyedari tidak mampu untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan," katanya.

Beliau menegaskan demikian selepas melawat seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Setar, Salim Jamil, 60, yang mengalami masalah buah pinggang di rumahnya di Taman Sentosa di sini hari ini.

Pada lawatan berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang makanan kepada peniaga itu yang telah menyumbangkan tenaga kepada parti selama ini. Salim mengalami masalah buah pinggang sejak enam bulan lepas.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta kerajaan negeri menyenaraikan dengan terperinci sejauh mana pelaksanaan manifesto Pilihan Raya Umum 2008 Pas Kedah selepas mengambil alih pentadbiran negeri ini daripada BN.

Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam berkata, perkara itu tidak perlu dilakukan kerana kejayaan tersebut sudah diketahui oleh rakyat.

Ahmad Bashah berkata, beliau pernah bertanyakan mengenai dakwaan seorang Exco kerajaan negeri dalam sebuah akhbar bahawa Pas telah melaksanakan 80 peratus daripada manifestonya pada persidangan DUN tahun lalu.

Namun, kata beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, soalan itu tidak sempat dijawab.

"Secara bertulis kerajaan negeri hanya memberitahu jawapan akan diberikan kemudian dan sehingga hari ini saya masih menunggunya.

"Pada persidangan DUN pun kerajaan negeri boleh mengelak daripada menjawab soalan itu, maka saya tidak fikir kerajaan negeri jujur untuk menyatakan secara terperinci apa yang telah mereka lakukan demi kebaikan rakyat sepanjang tiga tahun mentadbir Kedah," katanya.

Menurut beliau, rakyat keliru dengan kenyataan bahawa kerajaan Pas Kedah melaksanakan 80 peratus daripada janji-janji pilihan raya parti itu.

"Apabila berjumpa dengan masyarakat, mereka bertanyakan saya apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang kerana mereka tidak nampak pun perubahan dilakukan.

"Apa yang dilakukan hanya menganjurkan karnival meraikan tiga tahun pentadbiran pembangkang yang diadakan pada 10 hingga 14 Mac lepas. Saya difahamkan ia melibatkan kos yang besar tetapi tiada faedah untuk rakyat," ujar beliau.

Ahmad Bashah berkata, berdasarkan penilaiannya tidak sampai 10 peratus janji-janji tersebut telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pas Kedah sehingga kini.

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya.

Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam..

Penang Wasabi (PW)..

1 comment:

  1. Assalam Bro

    Tak payah ditanya menteri besar Kedah ni sebab jawapan standard dia "Saya tak Tahu". Dah kalau tak tahu memanjang apa kerja dia sebagai MB Kedah. Makan gaji butalah tu...Jangan diharap dia nak tunaikan janji-janji pilihanraya sebelum menang. Orang munafik tidak akan berpegang pada janji yang dibuat. Lepas ni jangan undi PAS dan puak pakatan pembangkang.

    ReplyDelete