Mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang) menuduh UMNO membuat fitnah dan pembohongan mengenai nama Guan Eng digunakan dalam khutbah Jumaat pada 22 Ogos 2010 dalam malaysiakini , PAS mudah menuduh perkara itu sebagai fitnah dan bohong. Kalau Guan Eng berbohong PAS tidak pula berani menyanggah pembohongan Guan Eng.
Sewajarnya kepimpinan PAS daripada Nik Aziz hinggalah kepada PAS di peringkat negeri menyiasat perkara ini dengan telus demi untuk menjaga kesucian agama Islam bukan membela pula Guan Eng. Kalau fitnah, sila saman saksi-saksi yang mendengar khutbah tersebut. Mereka dengar dengan telinga mereka sendiri. Ini bukan fitnah, kejadian ini memang berlaku. Beginikah cara Mujahid menjaga kesucian agama Islam di Pulau Pinang?
Berikut adalah 10 usul yang telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar pakatan pembangkang di Komtar, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2010. Kenyataan ini dikeluarkan dalam blog Guan Eng. Orang yang memberikan kenyataan ialah Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang). Kenyataan ini juga lebih menjurus untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh orang PAS dengan menuduh ianya sebagai fitnah.
Naib Yang Dipertua Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang dan juga Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, saudara Mohamad Hafiz Nordin mengaku pernah berdoa kepada Lim Guan Eng semasa menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Hashim Yahya ( lihat Sinar Harian 21 Ogos 2010 ).
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Mansor Othman dan Yusof Rawa perlu akui perkara sebenar. Usah berbohong untuk melindungi DAP di Pulau Pinang. Akuilah mana yang salah, bukan berpolitik taat setia secara membuta tuli kepada Guan Eng. Mudah sahaja DAP hendak tutup isu ini, mereka ungkit habuan duit raya RM400 kepada staff negeri dan RM100 setahun kepada warga emas.
Harus diingat, sampai bila orang Melayu Pulau Pinang perlu dirasuah dengan habuan untuk melindungi Guan Eng. Sedarlah, DAP ada agendanya yang tersendiri di Pulau Pinang. Sanggup orang Melayu dalam PAS dan PKR jadi talibarut dan pengkhianat kepada agama dan bangsa sendiri. DAP sudah melampau. Malangnya mulut pemimpin Melayu PAS dan PKR ditutup dengan habuan untuk halalkan kebiadapan DAP.
Sumber : http://anginperubahan.blogspot.com/
Penang Wasabi
No comments:
Post a Comment