~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, January 7, 2013

Dr Novandri Dikhianati ?



Sejak jam 8.00 pagi sakan blogger-blogger pembangkang melaporkan bahawa blogger pro UMNO Dr. Novandri atau Dr. MiM membuat permohonan maaf kepada Khalid Samad dan memohon kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

Setelah terbaca laporan tersebut, saya bertindak menghubungi Dr.Novandri (Doc) untuk bertanyakan sama ada laporan tersebut benar atau tidak, kali pertama panggilan saya tidak dijawab oleh Doc.

Selang beberapa minit Doc membalas panggilan saya, dalam perbualan itu saya bertanyakan perkembangan kes tersebut, katanya benar dia memohon untuk diselesaikan di luar mahkamah dengan membuat permohonan maaf dan menyiarkan permohonan tersebut di laman blognya.

Bukan itu sahaja, Doc juga perlu membayar sejumlah wang ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan kepada Khalid Samad, angka tersebut tidak perlu dinyatakan di sini, tetapi jumlahnya agak besar bagi orang-orang biasa seperti kami.

Sekarang separuh daripada jumlah ganti rugi yang dituntut oleh Khalid Samad telah berjaya dikumpulkan dengan bantuan pihak yang selalu dibela oleh bloggers-bloggers Penang.

Pun begitu, pihak yang dimaksudkan oleh Doc dikatakan tidak mampu untuk menyelesaikan semua jumlah ganti rugi tersebut, dengan alasan tiada wang yang diperuntukkan untuk kes yang dihadapinya.

Jika dahulu mereka mengatakan tiada peruntukkan untuk menyediakan peguam mewakili Doc, kini setelah Doc secara berani membuat permohonan maaf dan memohon kes diselesaikan di luar mahkamah dengan jumlah ganti rugi tertentu.

Pihak yang sering dibela oleh bloggers-bloggers Penang ini turut beralasan tiada peruntukkan untuk membantu dia menjelaskan ganti rugi dalam kes tersebut.

Namun dari sudut lain, tindakan Doc harus dipuji dan dijadikan contoh kepada bloggers-bloggers lain.

Doc berani bertanggungjawab di atas segala tulisan beliau.

Akhir sekali tiba-tiba muncul di benak fikiran saya, adakah nasib yang menimpa Doc adalah bukti 'pengiktirafan' kepada bloggers dan pejuang siber sebagaimana dilaung-laungkan oleh pembesar-pembesar parti Melayu?

Sumber : Double Y

Inilah antara punca kenapa aku sejak akhir akhir ini juga kerap menyepi. Bukan kerana bosan sebaliknya bimbang jika terkena sebegini. Aku bukanlah kenal mana mana "orang besar". Hanya blogger separuh masa sahaja. Jika Dr Novandri yang terkenal pun kena sebegini, apatahlagi aku seorang blogger yang langsung tak dikenali sesiapa.

Mungkin aku harus pencen selepas ini ?

4 comments:

  1. UMNO penang memang musibat siket bro. biasalah..

    Peruntukan turun berjuta, namun UMNO/BN bnayak menghabiskan duit pada program2 bodoh & basi tak tentu hala. Program syok sendiri.

    Jahanamlah nampak gayanya BN Penang kali nie.

    ReplyDelete
  2. oopss satu lagi gua lupa. tolong masukkan list senarai blog gua sekali jika bro tak keberatan.

    http://darah-satria.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. nasib badan.dulu hingga kini budak2 H.rais buat keja dgn media pmbangkang steady ja.buat isu diorg tanggung.sama ada ditangkap atau disaman.

    ReplyDelete