Hari Raya Aidilfitri yang melambangkan kemenangan umat Islam mengharungi cabaran dan dugaan di bulan Ramadan akan disambut di seluruh negara esok. Dalam kemeriahan ini kita harus bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya kita dapat menunaikan ibadah berpuasa dan seterusnya bergembira menyambut hari lebaran.
Namun dalam kegembiraan menyambut Syawal, kita mestilah sentiasa beringat dan berhati-hati agar kegembiraan itu tidak bertukar menjadi kedukaan. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, berhati-hatilah dalam perjalanan menuju ke destinasi. InsyaAllah jika kita memandu berhati-hati dan sentiasa ingat kepada Allah, kita akan selamat.
Pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Berhemah dan bersabarlah ketika memandu. Jangan hanya mementingkan diri sendiri. Kesabaran dan sikap timbang rasa amat dituntut. Apa gunanya terburu-buru jika akhirnya membawa tragedi.
Ingatlah kepada kaum keluarga tersayang yang sedang menanti ketibaan kita untuk sama-sama bergembira menyambut hari raya. Jangan jadikan hari gembira ini sebagai hari ratap tangis seluruh keluarga.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas dari:
Penang Wasabi..
No comments:
Post a Comment