~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, September 15, 2010

Jangan terkezut Yop : Disebalik 16 hb September!

Dalam bukunya, Lee Kuan Yew menulis dimuka surat 504-505 "The Tunku was not aware that it (16.09.1963) was my 40th birthday! If he had known, he might well have changed the date - my birthday could not be his lucky day!!".

[Terjemahan: "Tunk...u (Abdul Rahman) tidak menyedari bahawa tarikh itu (16.09.1963) adalah harijadi saya yang ke 40. Kalau beliau tahu, sudah pasti beliau akan menukar tarikh tersebut - kerana harijadi saya tidak mungkin boleh menjadi hari yang baik bagi Tunku!!".

Yup..tarikh 16 September adalah harijadi Lee Kuan Yew!! Lee Kuan Yew beranak pada 16 Sept 1923 yop!! Nampak gaya kita kena kencing dah yop. Empat puluh tujuh tahun lamanya kita dok sambut harijadi Lee Kuan Yew. Dan kita akan terus menyambutnya sehingga dunia kiamat, atau bila Melayu hilang negaranya (yang mana dulu). Dan kita Melayu lurus bendul ni main terima aje cadangan tarikh 16 Sept itu tanpa usul periksa. Akhirnya tak pasal-pasal kita kena sambut harijadi Lew Kuan Yew tiap tahun, sekarang siap jadi public holiday lagi. Macam tu lah bangsa Melayu kena kencing.

Selepas mendapat kemerdekaan melalui gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dibawah kepimpinan Lee Kuan Yew tak habis-habis cari pasal. Akhirnya menyebabkan Tunku tiada pilihan selain daripada menendang Singapura keluar pada tahun 1965 daripada gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Maka dalam tempoh 2 tahun, Melayu kena kencing sekali lagi. Dan ini bukan kecik punya kencing. Ini kencing hilang negara yop. Negara yang asalnya milik umat Islam bangsa Melayu, dengan sejarah Sang Nila Utama dan Hang Nadim yang makin pudar; hari ni bulu singa pun dah tak nampak!! Bangsa Melayu menjadi kaum merempat dalam negara sendiri, akibat mainan politik yang orang Melayu memang bendul!!

Dan jangan lupa kita semua kena kencing 16 Sept dua tahun lepas. Satu dunia kena kelentong bagaimana sandiwara politik dimainkan yang Putrajaya akan bertukar tangan pada 16 Sept 2008. Satu dunia yop..termasuk teman ler kena kelentong yop. Siap tunggu kat Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru yop. Siap berangan nak salam dengan Tuanku Agong!! Losyen baby Johnson dengan spray Calvin-Klein "The One" siap dalam beg yop..isyk-isyk..isyk. Dengar cerita Tuanku dok tunggu kat Istana. Teman dah siap dok menghafal nak angkat sumpah, macam pengantin menghafal lafaz nikah!! Berpeluh jantan yop! Tau-tau kena kencing jugak!! Hampeh!!

Itulah sejarah 16 Sept yang teman tau. Teman harap janganlah kita umat Islam bangsa Melayu kena kencing lagi yop. Kalau dok tengok cara kita dok berpolitik sekarang ni, teman rase memang kita orang Melayu rela diperkencingkan. Pak Jangoat dok sibuk mengembik mengurat si kapior, Pak Keris dok giler mengejar limau maruku. Yang terkedu esok bangsa Melayu jugak!!

Sementara tu, holiday 16 Sept ni teman nak gi beraya rumah kekawan. Harap-harap ketupat rendang ado laie yop!

Selamat Hari Malaysia yop..eh..dema dah tukar jadi Selamat Hari 1 Malaysia pulak dah.. selamat..selamat :))

Adios amigos..grasias senor & senorita.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment