~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, September 15, 2010

Anwar tak mau Presiden, dia nak jadi Perdana Menteri…!

Anwar mengeluarkan kenyataan untuk menolak sebarang pencalonan ke atasnya didalam pemilihan PKR. Klik di sini. Ini menimbulkan pelbagai reaksi berbeza dari ahli PKR yang mahukan Anwar dicalonkan sebagai Presiden parti tersebut.

Ramai ahli-ahli PKR masih kurang faham, bukan jawata...n Presiden PKR yang dikejar oleh Anwar. Jika dia mahukan jawatan tersebut, sudah lama disuruhnya Wan Azizah turun tahta dan digantikan olehnya seperti mana yang dilakukannya pada kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Anwar sebenarnya lebih berminat untuk mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia. Inilah satu-satunya cita-cita yang masih belum mampu direalisasikan oleh Anwar semenjak dia menyertai politik.

Bagi Anwar, hanya kedudukan sebagai Perdana Menteri sahaja yang boleh menghapuskan segala kesalahan serta tingkah laku sumbangnya. Dan yang paling penting, Anwar akan dapat menghapuskan kes mahkamahnya yang sedang berlangsung jika dia dapat menguasai Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Jadi, apa perlu Anwar bersusah payah memikirkan tentang jawatan dalam PKR? Parti itu hanya ditubuhkan semata-mata untuk membebaskannya dari penjara sahaja suatu ketika dulu. Dan kini, PKR bagi Anwar langsung tak membawa apa-apa erti lagi selain dari alat politik untuk membodohkan rakyat.Anwar tahu, isterinya tak akan mampu membawa PKR pergi jauh.

Dan nasib PKR pasti akan gelap jika Pakatan tak berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Sebab itulah fokus Anwar ketika ini ialah kepada DAP dan PAS.Ramai yang tak menyedari bahawa Anwar kini sibuk mencaturkan strategi untuk DAP dan PAS menarik sokongan rakyat.

Manakala, PKR didiamkan kerana sokongan orang ramai kepada parti tersebut kian luntur terutamanya setelah penghijrahan besar “orang-orang kuat” parti ke dalam UMNO dan menjadi ahli bebas.Anwar lah yang menyarankan supaya wakil-wakil DAP mendekati orang melayu/Islam melalui masjid serta surau. Dan Anwar jugalah yang mencadangkan supaya PAS berlembut dengan orang kafir terutamanya didalam polisi undang-undang Islam mereka.

PRU13 adalah merupakan peluang terakhir Anwar untuk menakluk Putrajaya sekaligus menjadi Perdana Menteri. Dan jika dia gagal melakukannya, karier politiknya bakal terkubur buat selamanya…, begitulah juga dengan PKR!
Wallahuallam.

Sumber : MyKmu

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment