~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Wednesday, June 9, 2010
Muktamar PAS ke 56 : Macamana Kohilal boleh tersilap ‘pengiraan pelaburan’!
Kerajaan Pas Kelantan mengakui kerugian yang ditanggung oleh Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) adalah kerana ‘silap pengiraan’ dari segi urusan pelaburan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun menegaskan, ia tiada kaitan dengan salah laku pengurusan dan keadaan masih terkawal.
Sehubungan itu, katanya, kegiatan koperasi yang didokong oleh puluhan ribu ahli parti itu telah dibekukan buat sementara waktu bagi penyusunan semula pasukan pengurusan.
‘‘Masalah Kohilal sama seperti masalah perniagaan lain yang melabur dengan risiko yang perlu ditanggung sama ada untung atau rugi tetapi ia tidak ada kena mengena dengan salah laku pengurusannya,” jelasnya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Seminar Halalan Toiyyiban di Pusat Dagangan Kelantan di sini, hari ini.
Mohd. Amar mengulas mengenai desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar Pas mendedahkan ke mana RM45 juta wang pelaburan kira-kira 20,000 ahlinya disalurkan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata, banyak dakwaan timbul mengenai kewujudan skandal dalam koperasi itu dan menimbulkan tanda tanya ahli Pas sendiri. Kohilal yang diwujudkan pada 1986 suatu ketika dulu menjadi kebanggaan ahli-ahli parti itu dan bayaran dividen terakhir dikatakan dibuat pada 1997.
Mohd. Amar menafikan Kohilal ‘sunyi sepi’ seperti yang didakwa oleh Ibrahim semalam. Sambil menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai ‘tidak ada kerja’, Mohd. Amar berkata, bukan hak Ibrahim untuk mengetahui perkembangan saham Kohilal kerana dia bukan ahli.
‘‘Tidak perlu didedahkan apa-apa sebab dia bukan ahli, masalah tidak dapat dividen ini sejak dahulu lagi dan ahli Kohilal tahu masalah ini. ‘‘Ia lebih kepada masalah pelaburan yang tidak ada untung kerana silap pengiraan melabur di tempat yang merugikan. ‘‘Ibrahim ini macam tidak ada kerja, suka kait perkara-perkara begini, lagi pun ini isu lama sejak 1990-an lagi,” jelasnya.
Penang Wasabi..