~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Tuesday, June 15, 2010
Anwar tak layak cakap isu judi - Nallakaruppan!
Datuk S. Nallakaruppan menyifatkan bekas rakan karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk bercakap soal penentangan berhubung lesen pertaruhan sukan.
Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, ini kerana, sepanjang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenalinya sebagai 'penyokong' syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.
Nallakaruppan mendakwa, sewaktu masih berada dalam Kabinet, Anwar sendiri beberapa kali menggunakan khidmat jet milik Magnum untuk ke luar negara.
Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.
''Ketika itu saya masih memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Magnum. Saya tahu segala-galanya tentang Anwar dan Magnum. ''Kalau dia kata judi itu haram, mengapa datang kepada kami (Magnum)?" soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, parti pembangkang termasuk Anwar telah memberi pelbagai alasan mengenai pertaruhan sukan yang dilihat mereka tidak bermoral dan akan menyebabkan banyak masalah sosial.
''Ini adalah karut. Kebenarannya adalah mereka sengaja memanipulasi isu terbabit untuk kepentingan politik masing-masing,'' jelas beliau.
Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini telah beberapa kali menyatakan bantahan terhadap isu lesen pertaruhan sukan. Katanya, Anwar adalah seorang pemimpin yang licik dan penentangan terhadap isu lesen judi sukan digunakan untuk menampakkan beliau sebagai pemimpin baik di mata umum.
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari-hari ramai orang cerita fasal Anuar Ibrahim.Ada saja cerita yang di bongkar.Tak bosan ke ..Makin ramai orang sibuk,makin POPULAR lah dia.
ReplyDeleteNAK TAHU BURUK NYA PERANGAI DAN RAHSIA SESAORANG TANYALAH PADA MUSUHNYA DAN NAK TAHU SEGALA KEBAIKAN SESAORANG ITU TANYALAH PULA PADA KAWANNYA (KAMCENG).
Ini juga bolih berlaku pada kita.NO ONE IS PERFECT.