~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, April 27, 2010

Di Selangor Nik Aziz pertikai titah Sultan, di Kedah ADUN PAS pertikai kuasa Sultan!


















Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

* Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

* Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?

Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang. Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.

Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.

“Kita tidak perlu penjelasan mengenai sejauh mana kuasa Tuanku Sultan dan kita seolah-olah hendak melibatkan Tuanku dalam masalah ini. Oleh itu, saya cadangkan agar soalan ini ditarik balik,” katanya.

Penang Wasabi

Monday, April 26, 2010

Kempen Kami Prihatin : Kucing oh kucing!

Mutakhir ini kita dihidangkan dengan pelbagai insiden buang bayi yang sangat menyayat hati. Apakah telah hilang rasa belas ehsan dan kasih sayang pada diri manusia akhir zaman ini, sehingga anak yang tak berdosa sanggup dibuang di tali air, lubang tandas, dan di merata-rata lagi? Kemanakah hilangnya peri belas kasihan ini? Waktu bersuka ‘bersama’, apakah tidak difikirkan akan hal ini? Manusia oh manusia….

Ibu dah tak sayang saya ke??

Apalah dosa bayi ini?

Satu fakta ringkas yang ingin di kongsi bersama dengan pembaca. Tahukah anda bahawa bapa kucing akan membunuh anak kucing yang baru lahir yang didapati ada potensi untuk ‘out-shine’ bapanya bila dia besar nanti? Mungkin bulunya lebih cantik dan sebagainya. Bapa kucing tersebut akan datang dan cuba melarikan anak kucing tersebut dan akan dibunuh atau dimakan akhirnya.

Namun, sifat sayang yang ada pada si ibu kucing akan sedaya upaya untuk mempertahan anaknya yg dikandung sekian lama. Setiap kali, bapa kucing ini datang, si ibu akan berhempas pulas mempertahankan anak dan bertarung dengan bapa kucing meskipon mereka pernah ‘bercinta’ sebelumnya. Begitu hebatnya kekuatan kasih sayang si ibu kucing. Kucing oh kucing….


Nasihat kepada remaja-remaja sekalian. Jagalah diri anda. Jauhi perkara maksiat yang akhirnya akan menyebabkan kita semakin jauh dari rahmatNya. Bermula dengan cinta mencintai, disusuli dengan dinoda dan menodai dan akhirnya sesal sendirian. Anak yang tak berdosa akhirnya dibuang semata-mata untuk menutup malu. Masih belum terlambat utk sedar dan insaf. Hindarilah hubungan yang boleh menjurumuskan kita ke lembah zina. Sedarlah….

Akhirnya, satu artikel menarik yg boleh dikongsi bersama dengan anda semua. Dipetik dari blog:

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/hand-of-hope-21-week-fetus/

Terjemahan dari artikel asal :

Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner.

Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit ‘spina bifida’ yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta. Dia mengenali seorang pakar bedah bernama Dr.Bruner. Dr Burner yg bertugas di Vanderbilt University Medical Center in Nashville, telah menjalankan satu pembedahan khas ke atas bayi ini sewaktu bayi ini masih lagi di dalam rahim.

Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahim dari seksyen-C dan telah mebuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Apabila doctor tersebut telah selesai menjalankan pembedahan ke atas Samuel, bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doctor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeaadaan sempurna.

Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan untuk seketika beliau kaku.

Gambar ini telah diambil dengan jelas sekali. Penulis telah menamakan gambar ini dengan tajuk ‘Hand of Hope-Tangan Harapan”. Dalam tulisannya berkenaan gambar ini,

“ Jari kecil bayi berusia 21 minggu,Samuel Alexander Armas keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan Dr Joseph Burner seolah-olah berterima kasih kepada doctor yang menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya”.

Ibu Samuel berkata, mereka menagis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata,

“Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit,tp ia adalah mengenai seorang insan kecil.”

Samuel dilahirkan sihat dan pembedahan ke atasnya dilaksanakan dengan berjaya.

Moga menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita semua. InsyaAllah.

Penang Wasabi

Hulu Selangor: Kemenangan BN bukti dasar Najib diterima rakyat!

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam menunjukkan dasar-dasar yang diumumkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima oleh rakyat. Ia juga membuktikan gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru turut diterima. Walaupun ada yang berkata penerimaan itu tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia, namun ia sebenarnya adalah satu permulaan yang baik bagi kerajaan Najib.

Ia juga membuktikan bahawa pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih antara kaca dan permata. Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, pengundi di kawasan itu menolak calon BN, Datuk G. Palanivel kerana terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sepanjang kempen PRU Ke-12, namun semalam pengundi yang sama menolak calon PKR kerana menyifatkan perjuangan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada hala tuju yang jelas, selain merasakan mereka telah ditipu apabila segala yang dijanjikan dalam kempen tersebut tidak ditunaikan.

Mungkin pengundi Hulu Selangor mula kecewa dengan PKR kerana para pemimpinnya tidak pernah jemu menabur fitnah terhadap kerajaan BN. Malah, dilaporkan menjelang tarikh akhir berkempen pada tengah malam, 24 April lalu, risalah-risalah fitnah sempat ditabur di beberapa lokasi panas di Hulu Selangor.

Sesungguhnya Allah SWT itu maha adil. Fitnah yang dilemparkan itu memakan diri apabila penduduk Hulu Selangor menolak calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Apatah lagi, peribadi Zaid yang didedahkan oleh media alternatif sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Sebaliknya, kerajaan Najib tetap bersama penduduk Hulu Selangor walaupun ketika wakil rakyat kawasan itu dari PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad masih berkhidmat.

Dari awal lagi, Najib menunjukkan keprihatinan terhadap masalah penduduk Hulu Selangor, misalnya meninjau sendiri masalah penduduk yang mendiami pangsapuri kos rendah di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung pada 9 Januari 2010. Pendekatan mesra rakyat yang ditunjukkan itu telah membuahkan hasil di Hulu Selangor.

Syabas kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat. Nampaknya, mereka tidak sanggup lagi hidup di bawah pimpinan PKR yang semakin kucar kacir sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya, pakatan pembangkang awal-awal lagi telah menempah 'tiket kekalahan' apabila memilih Zaid yang mempunyai pelbagai kisah yang sudah diketahui umum termasuk rakan-rakan pakatan PKR iaitu DAP dan Pas.

Namun atas semangat setiakawan, Pas terpaksa menerima Zaid dan mengharungi kempen pilihan raya kecil itu dalam keadaan sukar.

Pas yang selama ini berjuang untuk menjaga kesucian agama Islam terpaksa mengikut rentak tari yang dimainkan oleh DAP dan PKR. Akhirnya tindakan Pas itu memakan diri apabila 20 ahlinya di Hulu Selangor keluar parti pada 23 April lalu. Mereka kecewa melihat struktur Pas yang lemah.

Kini keputusan rasmi telah pun dikeluarkan dan Hulu Selangor kembali kepangkuan wakil rakyat BN. Justeru semua parti komponen terutama UMNO, MIC dan MCA perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa apa yang dijanjikan dapat ditunaikan.

Konsep pendekatan mesra rakyat mesti diteruskan memandangkan PRU Ke-13 akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dari sekarang.

Pihak yang kalah pula harus menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana dalam setiap pertandingan, pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Kepada BN dan P. Kamalanathan selamat bertugas.

Penang Wasabi

Friday, April 23, 2010

Nik Aziz terus dicabar dedah senarai penerima balak!

Blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella kecewa apabila cabarannya agar kerajaan Pas mendedahkan senarai syarikat yang menerima habuan balak dan tanah hutan simpan cuma disahut dengan cercaan kononnya dia 'mabuk dan mengarut'.

Katanya, sudah dua kali dia membuat cabaran itu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini agar mendedahkan senarai itu sejak beliau memimpin kerajaan negeri 20 tahun lalu.

''Saya amat hairan Nik Abdul Aziz tergamak untuk tidak berlaku jujur dan amanah apabila enggan mengeluarkan senarai yang saya minta supaya boleh dijelaskan kepada rakyat siapakah orang yang menerima habuan daripada kerajaan negeri.

''Siapa pula di kalangan ahli Exco, pimpinan Pas Kelantan, ahli keluarga Nik Abdul Aziz dan juga syarikat-syarikat yang dimiliki oleh ahli Pas yang mendapat semula habuan dalam bentuk 'wang derma' oleh tauke-tauke balak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Azidi yang sebelum ini amat rapat dengan pimpinan politik di negeri Kelantan dan bertugas di Perbadanan Menteri Besar Kelantan, kini aktif mendedahkan kepincangan dalam kerajaan negeri dan turut memaparkan dokumen-dokumen bagi mengesahkan dakwaannya.

Ketika media mendapatkan reaksi Nik Abdul Aziz semalam berhubung cabaran blogger tersebut, beliau dilaporkan berkata: "Itu dia punya fasal. Dia sudah mabuk dan cakap mengarut. Dia menyentuh peribadi orang. Ini bukan wartawan, ini blogger. Mengarut."

Menurut Syed Azidi, senarai penerima habuan balak itu perlu disiarkan supaya rakyat Kelantan dapat penjelasan tentang dakwaan beliau mengenai sumber Pas Kelantan membina bangunan-bangunan tertentu di Kelantan.

''Oleh yang demikian, saya buat kali ketiga mencabar kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz supaya mengeluarkan senarai penuh penerima balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan pertanian semenjak 1990 hingga sekarang.

''Saya tidak mabuk dan bercakap mengarut di dalam blog, sebaliknya saya telah mengemukakan pelbagai bukti.

''Dalam soal bercakap mengarut, saya juga melampirkan bersama bukti cakap-cakap mengarut Nik Abdul Aziz yang telah banyak melukai jiwa dan perasaan umat Islam dan masyarakat Melayu di Malaysia," ujarnya.

Komen : Mana senarai-senarai tu Pok Nik! Patutlah dalam PAS tak ada rasuah kerana bagi PAS RASUAH adalah SEDEKAH! Mengata orang, tapi meraea yang lebih.

Penang Wasabi

Thursday, April 22, 2010

Azizan sedia bubar DUN!




















Tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar dari parti itu atas beberapa faktor turut memanaskan lagi suhu politik di negeri ini. Terbaru, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ada wakil rakyat pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri sedia ada.

Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk berbuat demikian bagi memberi kuasa semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan. "Kalau saya sudah rasakan perlu, saya akan menghadap Tuanku Sultan Kedah memohon perkenan baginda untuk membubarkan Dewan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan politik di negeri ini berikutan tindakan keluar parti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu yang menjadi wakil rakyat Bebas selain timbulnya khabar angin kononnya akan ada lagi ADUN pembangkang lain mengikut jejaknya.

Azizan berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinannya pada masa ini tidak tergugat dengan apa yang berlaku. Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap ADUN-ADUN lain dalam pakatan pembangkang bahawa mereka akan terus kekal menyokong pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kedudukan terkini daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah menyaksikan Pas kini mempunyai 16 ADUN, PKR tiga dan seorang DAP yang membentuk kerajaan negeri manakala Bebas dua ADUN.

Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 13 ADUN dengan satu lagi kerusi di Kota Siputeh yang masih berada dalam kes mahkamah.

Penang Wasabi

Wednesday, April 21, 2010

P94 HS : Apabila Tin Kosong Mula Bersuara - Pemimpin Pas tak kisah Zaid miliki kuda lumba!

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zaid Ibrahim tidak melakukan sebarang kesalahan dengan mengakui memiliki seekor kuda lumba.Jelas Mahfuz, memiliki kuda merupakan satu perkara biasa buat mereka yang berkemampuan.

Katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga memiliki seekor kuda.

Walaupun Zaid mengakui memiliki seekor kuda lumba ketika ditemui pemberita selepas sesi ceramah di Ampang Pecah, Hulu Selangor semalam, Mahfuz dilihat mengeluarkan kenyataan selamat dengan hanya merujuk 'kuda', bukannya 'kuda lumba'.

"Apa masalahnya memiliki kuda? Rasulullah SAW sendiri juga pernah menunggang kuda sebagai satu aktiviti riadah baginda.

"Yang menjadi persoalan ialah apakah tujuan penggunaan kuda itu?" katanya ketika ditemui pada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di sini hari ini.

Zaid yang menjadi sasaran para penulis blog dengan dilabel sebagai kaki judi selama ini telah mengakui bahawa beliau memang memiliki seekor kuda lumba, namun mendakwa tidak pernah bertaruh dalam perlumbaan kuda.

Baru-baru ini, laman blog Pisau.net mendakwa Zaid memiliki seekor kuda lumba yang diberi nama 'Kelantan' dan semua maklumat terperinci mengenai aktiviti lumba kuda Zaid boleh diperoleh di laman web www.BloodHorse.com, www.stephengray racing.com dan www.stallions.com.au.
























Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, sebagai seorang manusia, Zaid juga tidak lari daripada masalah peribadi dan melakukan kesilapan.
"Ini bukannya isu. Beliau (Zaid) harus diberi peluang kerana apa yang lepas itu sudah berlalu dan beliau mengakui sudah bertaubat atas perbuatannya selama ini," tegasnya.

Nak tanya pulak pada Ustaz Mahfuz : Saya tak minum arak, tetapi saya menyimpan botol yang mengandungi arak dirumah. Apa hukumnya ya ?

Penang Wasabi

Tuesday, April 20, 2010

P94 Hulu Selangor : Zaid Ibrahim Supply Kuda Lumba atau Sekali Berlumba Kuda!


Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang kini menjadi sasaran penulis-penulis blog mengakui memiliki seekor kuda lumba. Zaid bagaimanapun menolak dakwaan yang menyatakan dirinya seorang kaki judi hanya kerana memiliki seekor kuda lumba kerana beliau tidak pernah bertaruh dalam perlumbaan kuda.

“Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya, tetapi itu sebelum saya menyertai PKR” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi ceramah di Ampang Pecah, di sini malam tadi.

Zaid diminta mengulas dakwaan sebuah blog, Pisau.net yang mendakwa beliau memiliki seekor kuda lumba yang diberi nama ‘Kelantan’. Kuda itu, dakwa blog berkenaan, dibeli dengan harga NZ$135,000 (RM310,500). Menurut blog tersebut, semua maklumat terperinci mengenai aktiviti lumba kuda Zaid boleh diperolehi di laman web www.BloodHorse.com, www.stephengrayracing.com dan www.stallions.com.au.

Ini merupakan pendedahan kedua berhubung isu moral bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu yang sebelum ini didakwa sebagai seorang kaki botol. Pengakuan Zaid ini turut disiarkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Mengulas lanjut mengenai pendedahan Pisau.net itu, Zaid menganggap tindakan itu sebagai suatu perubahan dalam politik negara. Namun tegasnya, memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi. “Itulah masalah dengan UMNO, mereka tidak dapat membezakan antara judi dan sukan,” katanya.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah tujuan sebenar Zaid memiliki kuda tersebut, kalau bukan untuk berjudi! Adakah bertujuan untuk 'bersukan' sepertimana yang dikatakan oleh Zaid? Adakah dengan adanya wang pertaruhan untuk kuda " KELANTAN " di panggil " bersukan ".!




Bukti diatas menunjukkan Zaid memang seorang kaki judi,bukan saja beliau membuat pertaruhan,malah punyai kuda sendiri bernama "Kelantan"

1. Di laman web BloodHorse.com, Zaid Botol telah bertaruh sebanyak US7847.00 pada 28hb Januari 2009 untuk lumba kuda di New Zealand.

2. Zaid Botol yang memiliki kuda lumba 'kelantan' telah memenangi satu perlumbaan dengan wang tunainya bernilai US450,000.00 pada 25hb Ogos 2006, kuda tersebut telah dibeli oleh Hj Zaid dengan harga NZ135,000.00 - untuk maklumat lanjut layari www.stephengrayracing.com

3. Kalau dilihat dalam Lot 1262, Hj Zaid telah membayar US11,000.00 untuk kuda lumba pada tahun 2009, untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.stallions.com.au/

Jadi apa yang Zaid hendak sorok dan berdalih lagi. Bukti sudah ada di depan mata! Adakah Haji Zaid mahu menyangkal lagi? Fikir-fikirkan lah.

Kita mempersoalkan moral manusia ini,mengapa beliau disokong oleh PAS, malahan saranan Hj Hadi supaya pengundi dan penyokong PAS memberi sokongan 100% bagaikan paksa rela buat pengikut mereka.

Boikot jentera dari PAS sudah semakin buruk dan ini sudah pasti akan mengundang lumpuhnya jentera pilihanraya buat Pakatan Rakyat!

Tetapi adakah kita masih ingat,mereka-mereka ini apabila didalam keadaan terdesak sepertimana berlaku di Permatang Pauh ,demi untuk menyelamatkan keadaan Nik Aziz wali selipar PAS akan mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan cara dan meraih kembali sokongan juak pakatan.
Wallahuallam.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN )

Penang Wasabi