~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, October 3, 2013

Kate Middleton sedih Zakwan menghidap leukemia meninggal dunia!

Gambar fail menunjukkan Catherine Middleton meluangkan masa 15 minit bersama Zakwan pada 13 September lalu.

LONDON: Isteri Putera William, Catherine Middleton sedih apabila mendapat berita kematian kanak-kanak pesakit leukemia, Zakwan Anuar, 15, hari ini selepas melawatnya ketika kunjungan ke Malaysia, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Kate menurunkan tandatangan pada kad hari jadi Zakwan dan menyifatkan Zakwan seorang yang berani dan tampan.
Kate mengetahui berhubung kematian Zakwan selepas ibunya, Norizan Sulong menghubungi akhbar United Kingdom, The Sun.


Dalam laporan eksklusif The Sun hari ini, jurucakap Istana St James berkata, pasangan diraja Britain itu sedih selepas mendapat berita kematian Zakwan dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya.

Sementara itu, Norizan berkata, semua ahli keluarga berada di sisi Zakwan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Zakwan dikelilingi abang, kakak, bapa, datuk, nenek dan rakan sekolahnya. Kami amat merinduinya,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.


Doktor yang merawat Zakwan menjangkakan beliau hanya mampu hidup untuk tempoh 48 jam sebelum ini.
Bagaimanapun, selepas bertemu dengan Kate untuk tempoh 15 minit, ia memberikan kekuatan kepada Zakwan untuk bertarung selama lebih dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Narizan juga berkata, beliau dan ahli keluarga mendoakan pasangan diraja Britain itu dikurniakan cahaya mata yang sihat. - thesun.co.uk

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment