~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, March 3, 2012

Parti Asyik Serabut, Parti Kalut dan Ribut, Depa Ambil Peluang!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas kini menjadi ”Parti Asyik Serabut” yang sering menyusahkan rakyat kerana pemimpinnya kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

Katanya, beliau sendiri tidak faham dengan hala tuju perjuangan parti berkenaan dan sering menyerabutkan pemikiran rakyat.

"Mula-mula dia kata negara Islam, kemudian negara berkebajikan dan kata bukan Melayu boleh jadi timbalan presiden, tapi Musyidul Am kata tidak boleh.

“Banyak menyusahkan rakyat, banyak bagi serabut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, dekat, sini hari ini.

Katanya, dalam isu Pas di Kedah di mana dua Exco tidak mahu dilantik semula, kemelut yang tidak selesai telah menyusahkan rakyat Kedah.

Beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula banyak menimbulkan masalah serta membuat kenyataan tidak tentu arah dan menyifatkannya sebagai “Parti Kalut dan Ribut”.

"Masalah video tak selesai, masalah Jabatan Agama Islam Pahang pun tak selesai... DAP pula ”Depa Ambil Peluang”, dia cari peluang saja, kalau nak masa depan terjamin lebih senang sokong Barisan Nasional (BN),” katanya. – BERNAMA

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment