~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, July 23, 2011

Razali diugut bunuh lagi!

















Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini mendakwa dia sekali lagi menerima ugutan bunuh daripada orang tidak dikenali, semalam.

Beliau yang dipecat daripada DAP pada 6 Julai lalu mendakwa diugut sekali lagi menerusi panggilan telefon kira-kira pukul 10.05 pagi. Pada 2 Jun lalu, Mohamed Razali, 42, pernah menerima ugutan bunuh menerusi nota ditulis atas sekeping kertas yang diletakkan di depan pintu rumahnya.

Dalam panggilan yang diterimanya semalam, Mohamed Razali mendakwa seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu mengugut akan melakukan sesuatu terhadap dirinya jika beliau mendedahkan rahsia parti.

"Pemanggil itu berkata begini: Hang jangan dok dedah apa pun. Hang baru hilang kerja. Lepas ni hang pulak nanti hilang.

"Saya percaya ugutan ini ada kena mengena dengan kenyataan saya yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong di sini hari ini.

Selasa lalu, Mohamed Razali melahirkan hasrat untuk mendedahkan mengenai perancangan DAP yang dianggap menindas serta menganiaya rakyat khususnya orang Melayu.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu. Beliau berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment