Gerakan membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mengamalkan sikap 'pilih kasih' apabila mengutuk perarakan dan perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Jumaat lalu sedangkan pada masa sama menyokong perhimpunan haram Bersih pada Sabtu ini.
Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Pulau Pinang, Guan Eng sepatutnya membantah perhimpunan haram Bersih demi menjamin keamanan dan keharmonian negara.
Perhimpunan yang diadakan di Komtar pada Jumaat lalu adalah bagi membantah pentadbiran Guan Eng.
"Sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, dia (Guan Eng) sepatutnya bersikap adil dan tidak berat sebelah. Kalau tidak mampu bersikap sedemikian, lebih baik letak jawatan," katanya.
Hock Nan berkata demikian selepas menghadiri program ramah mesra dengan penduduk Batu Maung anjuran Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, hari ini. Pada program tersebut, mereka mengedarkan beg kitar semula bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar.
Penang Wasabi..
No comments:
Post a Comment