~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, October 21, 2010

Penulis blog Adukataruna mula dibicara !

Mahkamah Sesyen di Seremban semalam memulakan perbicaraan kes remaja yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya.

Khairulizam Abdul Ghani, 29, adalah seorang juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my.

Dalam perbicaraan semalam, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu jurugambar polis, Konstabel Wan Khairul Al-Jufri Hashim, 24 dan Penolong Pengurus Maybank Seremban, Fazlita Abd Wahab, 42.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah memaklumkan, sepanjang perbicaraan yang dijadual berlangsung selama tiga sehingga esok, beberapa saksi terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Khairulizam yang memakai kemeja putih hadir ke mahkamah diwakili peguam bela, Mohd Radzlan Jalaludin.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, pada 22 Januari lepas di No. 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.

Jika disabitkan kesalahan, Khairulizam boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Khairulizam bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan 26 Januari lalu atas perbuatannya itu.

Penang Wasabi..

2 comments:

  1. salam wasabi,

    aku tertanya2 jugak, budak aduka kaki mencarut & suka sgt memaki hamun ni guna bahasa macam mana bercakap dgn makbapak, orang2 disekelilingnya & terutamanya dgn bini dia yg lawa tu? bersepai gigi budak ni kalau aku jadi cikgu dia jika dia berkurang-hajar ngn aku...

    ReplyDelete
  2. nameweenchibai bila pulak nak dibicarakan??

    ReplyDelete