~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Wednesday, October 20, 2010
PKR tertekan : Anwar guna taktik lapuk untuk raih sokongan!
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dianggap menggunakan taktik lapuk dengan berusaha mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan apabila menganggap Bajet 2011 adalah bajet pilihan raya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Puad Zarkashi berkata, Anwar hakikatnya bimbang bajet tersebut yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diterima oleh rakyat.
“Anwar tertekan kerana bajet yang dibentangkan menunjukkan usaha murni kerajaan bagi membantu rakyat. Oleh itu beliau cuba wujudkan persepsi buruk demi kepentingan politik pembangkang,” katanya.
Dr. Puad berkata demikian ketika diminta mengulas peringatan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd.Noor agar rakyat tidak terpengaruh dengan muslihat terbaru Anwar yang menganggap Bajet 2011 adalah bajet pilihan raya.
Menurut Mohamad Ezam, tindakan itu dilakukan kerana Anwar ingin mengalih perhatian terhadap kemelut yang berlaku di dalam PKR dan kes perbicaraan liwatnya yang semakin menunjukkan kebenaran.
Mengulas lanjut, Dr. Puad berkata, antara yang Anwar bimbang ialah langkah kerajaan mewujudkan program rumah pertama yang membenarkan generasi muda memiliki rumah tanpa perlu membayar deposit 10 peratus.
“Ini perkara penting kerana ia bukan sahaja merangsangkan ekonomi malahan akan menggalakkan generasi muda memiliki hartanah.
“Justeru Anwar berusaha menutup segala kebaikan yang terdapat di dalam Bajet 2011 dan sekali gus mengalih perhatian rakyat terhadap kemelut dalam PKR,” katanya.
Beliau berkata, Anwar hakikatnya semakin tidak mampu mengawal situasi dalam PKR yang hari ke hari semakin banyak kepincangan didedahkan termasuklah peranan ‘tangan ghaib’ yang mempengaruhi kepimpinan parti itu.
Sementara itu, Naib Ketua UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Anwar itu membuktikan bahawa pembangkang tidak mempunyai agenda apa-apa untuk rakyat selain hanya mahu menang pilihan raya.
Katanya, walaupun Bajet 2011 mengutamakan keperluan rakyat tetapi hakikat itu tidak mahu diterima oleh pembangkang.
“Apa yang mereka tahu ialah ingin berpolitik sepanjang masa dan bukannya mementingkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.
Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment