~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, August 31, 2013

Lamb of God: Jakim bantah penganjur?



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kumpulan heavy metal, Lamb of God daripada membuat persembahan di negara ini berdasarkan latar belakang kumpulan itu serta genre muzik yang dibawa mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, pihak bertanggungjawab diharapkan tidak meluluskan kemasukan kumpulan itu dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Pada masa sama, beliau berkata, tindakan itu perlu diambil untuk menjaga kemaslahatan umat dengan tidak membenarkan terciptanya ruang kepada pelbagai krisis akidah, permasalahan moral serta keruntuhan akhlak.

Menurutnya, nama asal kumpulan itu ialah Burn The Priest dan pernah terpalit dengan kontroversi sehingga dituduh sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat serta anti ketuhanan oleh penganut Kristian.


"Pelbagai istilah menunjukkan kumpulan ini sering mempermainkan unsur keagamaan dan ketuhanan dalam lagu dan imej mereka, malah nama kumpulan itu iaitu Lamb of God merujuk kepada Jesus yang difahami penganut Kristian sebagai 'anak Tuhan'.

"Malah, kumpulan itu pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat dengan mencampur aduk lagu metal dengan bacaan ayat al-Quran dan menyentuh unsur keagamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis perasmian Program Kibar Jalur Gemilang dan Pelepasan Kenderaan Merdeka di pekarangan ibu pejabat Jakim.

Kumpulan berkenaan yang berasal dari Amerika Syarikat dijadualkan membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Othman berkata, antara lagu kumpulan itu ialah Walk With Me In Hell (Berjalan denganku dalam neraka); Sacrament (istilah majlis kerahmatan dalam agama Kristian); Resurrection (Kebangkitan) serta menerbitkan album New American Gospel yang jelas bertentangan dengan syariat Islam dan nilai moral.


"Penganjuran ini bukan saja boleh memberi ruang kepada penularan gejala keruntuhan moral, malah turut memberi kesan terhadap akidah.

"Persembahan kumpulan muzik yang keterlaluan biasanya akan menyebabkan penonton hilang kawalan. Kemasukan kumpulan ini dikhuatiri akan menyuburkan semula aliran black metal," katanya.

Pada masa sama, Othman berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-72 yang bersidang pada 23 Januari 2006 telah membincangkan tentang kumpulan black metal serta langkah untuk menanganinya.

"Muzakarah memutuskan amalan dan perbuatan kumpulan black metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar, jadi umat Islam diminta menjauhi kumpulan berkenaan kerana perbuatan serta amalan mereka boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam.

"Selaras dengan keputusan itu, beberapa negeri termasuk Melaka, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Selangor menfatwakan kumpulan black metal sebagai menyeleweng," katanya.

Penang Wasabi..

Wednesday, August 28, 2013

'Penasihat PM' wajar dipecat!


Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.

"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.

"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.

Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.

Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.

BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.

"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim.

Cuba fikir dan renongkan...PRU ke-14 nanti cuba buat perubahan besar untuk menang!!! Berani untuk berubah...InsyaAllah?

Penang Wasabi..

Tuesday, August 27, 2013

Sammy Vellu masih anggap dirinya sebagai Presiden MIC?


Datuk Seri S. Samy Vellu diminta supaya berhenti mencampuri urusan parti kerana era pemerintahan bekas Presiden MIC itu telah lama berakhir.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, tindakan Samy yang sering mengkritik secara terbuka kepimpinan Datuk Seri G. Palanivel sejak akhir-akhir ini mencetuskan keadaan 'huru-hara' dalam parti.

Menurutnya, campur tangan Samy Vellu dalam hal parti juga menimbulkan tanda tanya sekiranya bermotifkan agenda tersendiri memandangkan pemilihan parti bermula bulan hadapan.

"Saya mohon supaya Samy hentikan perbuatan sia-sianya dengan mengkritik kepimpinan Palanivel. Beliau telah lama mengundur diri daripada jawatan Presiden namun kadang-kadang tindak tanduknya seperti masih menguasai parti.

"Palanivel baru sahaja mula menerajui parti tiga tahun ini manakala Samy sudah menjadi Presiden parti lebih 33 tahun. Sudah tentu Samy boleh bercakap seolah-olah beliau adalah pejuang sebenar," katanya di sini hari ini.

Ramanan mengulas kenyataan Samy Vellu dalam temu bual khas dengan sebuah portal berbahasa Inggeris Ahad lepas yang menyifatkan Palanivel sebagai seorang pemimpin lemah dan tidak banyak berjuang untuk rakyat.

Samy Vellu turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap berpeluk tubuh penggantinya itu dalam isu-isu membabitkan kaum India malah menuduh Palanivel seperti lupa diri.

Ramanan turut mempersoalkan sikap Samy Vellu yang sengaja cuba memburukkan Palanivel pada saat-saat akhir pemilihan parti berikutan kekecewaan beliau ekoran pemecatan anak sulungnya, Vel Paari daripada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bulan lepas.

"Sebenarnya, Samy bercakap seperti tidak waras, adakah kerana selama ini beliau sibuk berkempen untuk Datuk Seri S. Subramaniam untuk menggantikan Palanivel tidak kesampaian? Adakah juga kerana anaknya telah dipecat dari CWC?

"Walau apapun alasan Samy, kami lebih memerlukan Palanivel daripada beliau. Samy harus sedar perkara ini sebelum terlambat. Janganlah merosakkan keharmonian yang telah terbina ketika ini dalam parti," tegasnya.

Samy Vellu yang menjadi Menteri Kabinet sejak 1974, tewas dalam Pilihan Raya Umum 2008 apabila sokongan kaum India terhadap parti itu merosot di sebalik pelbagai tuduhan-tuduhan terhadap parti itu di bawah teraju beliau.

Sungguhpun kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Samy Vellu masih dilihat mempunyai pengaruh kuat di dalam parti itu khususnya dalam kalangan 4,000 pengerusi cawangan MIC yang akan mengundi dalam pemilihan parti berkenaan.

Penang Wasabi..

SIAPAKAH YANG LEBIH CERDIK ANTARA NAMEWEE DAN NAZRI AZIZ?


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membidas keras penyanyi rap, We Meng Chee (Namewee) sebagaI budak berhingus, bodoh dan buta sejarah kerana mahukan tayangan filem The New Village yang bertujuan untuk membasoh dosa Parti Komunis Malaya (PKM) dan penyokong mereka di Kampong Kampong Baru.

Perlu disebutkan bahawa orang-orang Cina yang dikampongkan di Kampong-Kampong Baru dalam masa dharurat adalah untuk menyekat mereka dari membantu pengganas komunis dan juga untuk melindungi mereka dari ancaman keganasan komunis.

Dalan membuat kecaman ini, Nazri lebih bermotifkan untuk membasoh dosanya kerana telah memberi muka kepada budak berhingus ini di tengah-tengah kemarahan rakyat kerana dia menghina lagu Negaraku dengan mengubah liriknya.


Nazri cuba menunjukkan liberalismenya dengan memberikan sambutan istemewa kepada budak bodoh ini yang datang ke Parlimen dengan berpakaian tidak senonoh. Nazri memberikan betis dan sekarang dia mahukan paha, tidak berjaya menjinakannya sebaliknya dia menjadi semakin berani dan semakin kurang ajar.

Hampir seluruh orang Cina telah memberikan sokongan kepada misi dan inspirasi Namewee dengan menolak BN dalam pilihan raya ke 13.

Siapakah yang lebih cerdik antara Namewee dan Nazri?

Namewee bodoh kerana buta sejarah, Nazri cerdik kerana tahu membasuh dosanya. Dia tahu orang cepat lupa.

Penang Wasabi..

Monday, August 26, 2013

Malaysia perlu tolak TPPA - Dr. Mahathir!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Malaysia perlu menolak dan keluar daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Dalam ucaptama Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ni Dr. Mahathir berkata, TPPA hanya menjadi alat untuk Amerika Syarikat menguasai pasaran tempatan dan tidak menguntungkan negara.

Katanya, TPPA diperkenalkan selepas negara berkenaan gagal menguasi pasaran tempatan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan Am (GATT).

"Usaha ini dilakukan AS kerana negara itu menghadapi masalah ekonomi. Kalau mereka dapat mengekspoitasi negara-negara bekas jajahan mereka akan memperoleh kekayaan yang banyak.

"Selepas gagal dengan segala usaha, mereka memperkenal TPPA yang bukan perjanjian semata-mata tetapi untuk mengikat negara yang kurang sedar.. Perjanjian ini sudah tentu menguntungkan mereka." kata Dr. Mahathir.

Tegas beliau, banyak perjanjian yang dilakukan Amerika Syarikat dengan negara lain hanya merugikan negara terbabit.

Antaranya negara Equador yang berhadapan dengan saman berjumlah AS$2.3 bilion oleh syarikat Amerika kerana tidak mematuhi FTA.

Menurut Dr. Mahathir tanpa TPPA, Malaysia masih mampu mengembangkan perdagangan negara yang kini mencecah AS$1 trilion.

Persidangan selama dua hari itu anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Penang Wasabi..

Saturday, August 24, 2013

BANGSAT!!! Gengster Kepung Dan Serang Polis Di Perak!!!

Sekadar gambar hiasan

IPOH: Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

“Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain,” katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.

Sekadar gambar hiasan

“Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri,” katanya.

Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.

“Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.

“Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam,” katanya.

Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. “Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini,” katanya.

Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.

“Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini,” katanya.

- Info PDRM

Penang Wasabi..

Friday, August 23, 2013

DAPig tertekan...!!! Tindakan saman alih perhatian CEC DAP?


Tindakan saman yang hendak diambil oleh DAP terhadap akhbar Utusan Malaysia dalam isu buku Laporan Ekuiti oleh Father Augustus Chen dilihat sebagai cubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, Utusan Malaysia tidak wajar dijadikan 'kambing hitam' kerana buku Laporan Ekuiti itu terlebih dahulu telah tersebar di cawangan-cawangan DAP di seluruh negara.

"Banyak perkara dalam Laporan Ekuiti itu menimbulkan persoalan, namun mereka tidak patut menggunakan isu daripada buku itu dan Utusan Malaysia untuk mengalih perhatian umum tentang CEC parti DAP yang perlu diadakan.

"Mereka patut sedar bahawa keputusan akur kepada arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pemilihan semula CEC diadakan telah menunjukkan secara tidak langsung mereka mengakui terdapat kepincangan dalam pemilihan sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh dalam beberapa portal hari ini bahawa beliau telah mengemukakan surat tuntutan yang perlu dijawab Utusan Malaysia tentang dua artikel berkenaan Laporan Ekuiti sebelum tindakan saman diambil.

Menurut David, DAP akan menggunakan apa jua cara untuk mengelirukan rakyat termasuk menyatakan parti itu akan diharamkan oleh ROS jika pemilihan semula CEC tidak diadakan dan mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut parti itu.

Katanya, segala tindak-tanduk DAP adalah bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kepincangan yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu sehingga ROS mengarahkan pemilihan semula diadakan.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, DAP tidak sewajarnya menyalahkan Father Augustus dan Utusan Malaysia terhadap segala kemelut yang berlaku di dalam parti.

"Mereka hendak kata Father Augustus tidak wujud tetapi ada juga berkata Father Augustus pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum berpisah kerana mengamalkan nepotisme parti," katanya.

Katanya, masyarakat tidak akan mudah terpedaya dengan helah licik DAP kerana isu kepincangan dalam pemilihan CEC itu serta arahan ROS telah dibuat sebelum pendedahan Father Augustus.

Penang Wasabi..