~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, October 31, 2010

Anwar anggap PAS tidak penting!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dipercayai merupakan salah seorang dalang dalam 'konspirasi syaitan' antara parti itu dan DAP.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketika menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, Anwar pernah menasihatkan beliau dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin supaya tidak memberi ruang kepada Pas.

Menurut Zahrain, Anwar menganggap Pas tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang, justeru, para pemimpinnya tidak perlu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Anwar pernah berpesan kepada saya dan Fairus supaya jangan layan sangat Pas kerana Pas bagi Anwar tidak penting di Pulau Pinang.

"Kata Anwar, di Pulau Pinang kita kena jaga DAP.

"Sebab itulah Pas tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri dan Pas hanya diperkudakan saja oleh PKR dan DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.

Zahrain menambah, selain Anwar, 'Keluarga Lim' yang terdiri daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai turut menjadi dalang perjanjian PKR-DAP berkenaan.

Jelasnya, beliau tidak hairan ketiga-tiga pemimpin tersebut merupakan orang yang mengatur perancangan itu kerana mereka mempunyai matlamat peribadi.

"Saya percaya ini bukan kerja parti, tapi individu tertentu.

"Ramai dalam PKR dan DAP sendiri pun tidak tahu. Isu ini melibatkan Anwar dan Keluarga Lim, memang mereka yang mengaturnya," ujarnya.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

Thursday, October 28, 2010

Melayu bakal merempat di Pulau Pinang : DAP halau Melayu secara terancang?






















Trend kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil-alih tanah didiami orang Melayu khususnya di bahagian pulau atas alasan kegunaan awam dibimbangi sebagai strategi untuk menghalau mereka secara terancang.

Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Azman Hassan berkata, beliau khuatir tanah yang diambil itu nanti dijual kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek berharga jutaan ringgit.

Menurutnya, senario tersebut boleh dilihat sejak kebelakangan ini yang mana banyak pemaju semakin berani mengambil tanah-tanah milik rakyat khususnya yang didiami orang Melayu untuk dibangunkan.

"Adalah menjadi kebimbangan strategi pengambilan tanah atas alasan kegunaan awam atau pendidikan, tetapi akhirnya tanah tersebut dijual kepada pemaju perumahan dan dibangunkan dengan projek berharga jutaan ringgit pula.

"Inilah perancangan bagaimana mereka mahu menghalau orang Melayu dari bahagian pulau," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan kepada Utusan Malaysia menerusi e-mel di sini hari ini.

Pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-16 baru-baru ini, wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad membangkitkan isu tindakan kerajaan negeri yang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.

Muhamad Farid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong mahu Kerajaan Pusat memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan 'membuka' kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.

Antaranya pengambilan tanah di beberapa kawasan seluas kira-kira 40 hektar di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti dari Singapura.Selain itu, pembelian tanah-tanah orang Melayu di Seberang Perai dan Kepala Batas dengan keluasan kecil tetapi di banyak tempat.

"Lihat saja di Kepala Batas di mana pemaju swasta membina projek perumahan dalam skala kecil, kurang 40 buah."Sudah tentu kawasan perumahan tersebut tidak memerlukan padang permainan, dewan orang ramai dan tiada tapak untuk surau.

"Rumah pula berharga RM300,000 ke atas dan sering diutamakan pembeli bukan Melayu," kata Azman. Justeru, beliau menasihatkan orang Melayu supaya tidak gelap mata dengan umpanan wang ringgit yang banyak sehingga tanah sendiri tergadai dan dihalau.

Beliau menambah, para pemimpin juga diharap dapat memberi kesedaran kepada orang Melayu khususnya di kampung-kampung supaya tidak menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda jahat.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

Wednesday, October 27, 2010

DAP Zionis : FDI ke Pulau Pinang jatuh merudum!


Jika betul apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan bahawa kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) ke negeri itu menjunam sejak kerajaan negeri bertukar tangan, kepimpinan kerajaan DAP bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat.

Selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu mengemukakan pelan baik pulih segera yang meyakinkan kepada rakyat Pulau Pinang.

Menurut Hock Nan, selepas kerajaan negeri bertukar tangan, hanya RM2.2 bilion dicatat pada 2009 - penurunan sehingga 79 peratus daripada RM10.2 bilion yang diperoleh pada tahun 2008 ( hasil usaha kerajaan BN ) dan bagi enam bulan tahun ini, belumpun sampai RM1 bilion berjaya dibawa masuk.

Atas asas itu rakyat Pulau Pinang berhak mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri pimpinan DAP meningkatkan kemasukan FDI itu apatah lagi setelah lebih dua tahun ia memperoleh mandat memerintah.

Akibat kegagalan tersebut, peluang pekerjaan dan ekonomi kepada penduduk sudah tentu terbatas. Dan, tidak hairanlah mengapa gerai tepi jalan tumbuh bagai cendawan sekarang seperti diperkatakan Hock Nan.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

Monday, October 25, 2010

DAP Zionis : Orang Melayu Terus Di Tindas DAP Pulau Pinang!


Orang melayu terus dihina sehina hinanya di P.Pinang. Mereka dihalau dari kampung halaman sendiri, gerai diroboh, disuap dengan duit judi dan terbaru mereka mungkin dihalang mencari rezeki.

Pada mulanya mereka dihalang berniaga dipasar pagi Tanjong Tokong. Setelah isu menjadi heboh akhirnya MPPP memberi kebenaran bersyarat. Syaratnya adalah membersihkan tapak perniagaan setelah berniaga.


Syarat ini tak salah malah baguslah. Tetapi yang menjadi kemusykilan mengapa baru sekarang ianya mahu dijalankan. Dan mengapa sejak akhir akhir ini, orang melayu semakin dinafikan hak mereka sebagai manusia sedangkan peniaga sebangsa ketua kapitan Guan Eng mendapat lesen emas. Orang melayu dihalang berniaga diatas alasan mereka berniaga bukan ditempat sesuai.



Tetapi peniaga peniaga sebangsa Guan Eng terus mendapat kebenaran berniaga di New lane sedangkan mereka menyebabkan kesesakan jalanraya yang begitu dahsyat. Longkang-longkang pun kotor dan mungkin menjadi sarang tikus yang membawa penyakit leptospirosis, satu penyakit yang boleh membawa maut.



Guan Eng bukan sahaja tidak menutup tempat penjaja berkenaan malah membuat undang undang rimba iaitu menutup jalan itu dari digunakan oleh pengguna jalanraya. Malah peniaga-peniaga Cina diberikan keistimewaan untuk menggunakan seluruh jalan di depan gerai-gerai mereka daripada 4 petang hingga 12 malam. Sedangkan peniaga melayu dihalang dengan apa cara sekalipun.

Mungkin setelah lori 16 tayar merempuh peniaga peniaga sebangsa Guan Eng disana barulah peniaga disana dipindahkan. Atau lebih dahsyat, dia akan menuduh orang melayu sengaja membuat kacau disana.

Renung renungkan....

Gambar dan info dari : MIM dan MatkilauPenang

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

Thursday, October 21, 2010

Penulis blog Adukataruna mula dibicara !

Mahkamah Sesyen di Seremban semalam memulakan perbicaraan kes remaja yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya.

Khairulizam Abdul Ghani, 29, adalah seorang juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my.

Dalam perbicaraan semalam, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu jurugambar polis, Konstabel Wan Khairul Al-Jufri Hashim, 24 dan Penolong Pengurus Maybank Seremban, Fazlita Abd Wahab, 42.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah memaklumkan, sepanjang perbicaraan yang dijadual berlangsung selama tiga sehingga esok, beberapa saksi terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Khairulizam yang memakai kemeja putih hadir ke mahkamah diwakili peguam bela, Mohd Radzlan Jalaludin.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, pada 22 Januari lepas di No. 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.

Jika disabitkan kesalahan, Khairulizam boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Khairulizam bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan 26 Januari lalu atas perbuatannya itu.

Penang Wasabi..

Wednesday, October 20, 2010

PKR tertekan : Anwar guna taktik lapuk untuk raih sokongan!




















Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dianggap menggunakan taktik lapuk dengan berusaha mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan apabila menganggap Bajet 2011 adalah bajet pilihan raya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Puad Zarkashi berkata, Anwar hakikatnya bimbang bajet tersebut yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diterima oleh rakyat.

“Anwar tertekan kerana bajet yang dibentangkan menunjukkan usaha murni kerajaan bagi membantu rakyat. Oleh itu beliau cuba wujudkan persepsi buruk demi kepentingan politik pembangkang,” katanya.

Dr. Puad berkata demikian ketika diminta mengulas peringatan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd.Noor agar rakyat tidak terpengaruh dengan muslihat terbaru Anwar yang menganggap Bajet 2011 adalah bajet pilihan raya.

Menurut Mohamad Ezam, tindakan itu dilakukan kerana Anwar ingin mengalih perhatian terhadap kemelut yang berlaku di dalam PKR dan kes perbicaraan liwatnya yang semakin menunjukkan kebenaran.

Mengulas lanjut, Dr. Puad berkata, antara yang Anwar bimbang ialah langkah kerajaan mewujudkan program rumah pertama yang membenarkan generasi muda memiliki rumah tanpa perlu membayar deposit 10 peratus.

“Ini perkara penting kerana ia bukan sahaja merangsangkan ekonomi malahan akan menggalakkan generasi muda memiliki hartanah.

“Justeru Anwar berusaha menutup segala kebaikan yang terdapat di dalam Bajet 2011 dan sekali gus mengalih perhatian rakyat terhadap kemelut dalam PKR,” katanya.

Beliau berkata, Anwar hakikatnya semakin tidak mampu mengawal situasi dalam PKR yang hari ke hari semakin banyak kepincangan didedahkan termasuklah peranan ‘tangan ghaib’ yang mempengaruhi kepimpinan parti itu.

Sementara itu, Naib Ketua UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Anwar itu membuktikan bahawa pembangkang tidak mempunyai agenda apa-apa untuk rakyat selain hanya mahu menang pilihan raya.

Katanya, walaupun Bajet 2011 mengutamakan keperluan rakyat tetapi hakikat itu tidak mahu diterima oleh pembangkang.

“Apa yang mereka tahu ialah ingin berpolitik sepanjang masa dan bukannya mementingkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

Monday, October 18, 2010

Sepatutnya ahli PKR yang 'bertaubat' dengan meninggalkan parti!


















Tindakan mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat adalah sia-sia malah golongan yang melakukan desakan itu sepatutnya 'bertaubat' dengan meninggalkan parti tersebut.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said berkata, kumpulan itu juga tidak berpijak pada bumi nyata apabila tidak mahu PKR digunakan untuk melindungi pemimpin daripada tindakan undang-undang sedangkan asas penubuhan parti itu ialah untuk membela Anwar.

"Mereka ini buang masa apabila suruh Anwar bertaubat. Anwar tidak akan bertaubat kerana itu menunjukkan kesalahannya. Sepatutnya mereka yang bertaubat dengan keluar PKR.

"Kalau rasa Anwar sudah tidak boleh memimpin pergilah cari parti yang boleh memperjuangkan rakyat," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Semalam, tiga wakil Cabang PKR dari Perak dan Pulau Pinang mewakili 60 ahli parti itu menghantar 'memorandum taubat' kepada Anwar supaya beliau segera bertaubat dalam kes berkaitan pertuduhan di mahkamah.

Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari Cabang Bayan Baru berkata, desakan itu bagi menjaga martabat perjuangan parti yang dilihat terjejas berikutan kes mahkamah Anwar.

Jelasnya, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

"Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan," katanya.

Sementara itu, Saidatul Badru berkata, desakan taubat itu bagaikan memberi gambaran bahawa mereka sudah tidak mempercayai Anwar selepas pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Bagaimanapun katanya, pemikiran kumpulan terbabit dilihat agak bercelaru kerana tuntutan itu memberi maksud mereka akan menerima Anwar sekiranya beliau bertaubat walaupun pertuduhan yang dihadapinya amat menjengkelkan.

"Apa yang dimaksudkan dengan bertaubat? Adakah mereka percaya apa yang berlaku? Adakah ahli bersetuju dengan pertuduhan (liwat) itu?

"Saya hairan apa maksudnya. Ia seperti mereka mahu menyatakan sesuatu tetapi masih sayangkan seseorang yang melakukan kesalahan," katanya.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..