~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Thursday, January 1, 2015
Patut Pelabur Tak Masuk,Cara Guan Eng Layan Pelabur Cukup Angkuh?
Penurunan kemasukan FDI ke Pulau Pinang cukup besar, nilai yang merudum mencecah berbillion ringgit. Wang kerajaan negeri dihabiskan oleh para pemimpin DAP ke luar negara kononnya untuk menarik pelabur.
Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan. Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah pemerintahan DAP, jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.
Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang mencatat jumlah RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11 billion. Akhirnya, pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73% sekali gus meletakkan negeri itu di tangga ke 6 dari segi jumlah pelaburan di antara semua negeri.
Lebih malang bagi Pulau Pinang apabila Syarikat Bosch Solar Energy telah membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan di negeri itu yang berjumlah RM2.2 billion. Beberapa syarikat lain pula dikhabarkan telah mengeluarkan pelaburan mereka dari Pulau Pinang.
Dengan rekod pelaburan yang mengecewakan ini, Lim Guan Eng yang terlalu angkuh dan gemar memperlekeh pentadbiran Barisan Nasional wajar mencermin muka sendiri. Di manakah ‘cekapnya’ DAP jika jumlah pelaburan terus menjunam dari setahun ke setahun? Bagaimanakah DAP dikatakan ‘cekap’ jika masih tidak terfikir sebarang pelan bagi mengatasi penurunan ini?
DAP, khususnya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak mempunyai karisma dan kebolehan yang diperlukan untuk meyakinkan para pelabur. Lebih dari itu, reputasi dan imej beliau sebagai samseng, diktator dan penipu semakin tersebar dan terpahat kukuh sehingga menimbulkan rasa ‘cuak’ di kalangan pelabur.
Lihat gambar terkini bagaimana Lim Guan Eng melayan pelabur,lenggok bahasa badan dan cara beliau duduk cukup angkuh. Beginikah cara beliau menarik pelabur asing?
Sumber : pisau.net
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment