~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, May 11, 2010

Kes liwat Anwar ditangguh bolehkan hakim buat keputusan!

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh ditangguh sehingga esok bagi membolehkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat keputusan mengenai permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan selaku pengadu dan saksi dalam kes itu.

Peguam bela utama Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangan berkenaan dan pertuduhan meliwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Karpal Singh berkata, Mohd. Saiful, dalam keterangan kepada polis, mendakwa kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaan sedangkan pihak pendakwaan mengenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan.

Katanya, ini adalah kes pertama di negara ini melibatkan percanggahan besar antara pertuduhan dan keterangan saksi kepada polis serta keterangan oleh saksi di mahkamah.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menjawab bahawa terpulang kepada Peguam Negara selaku pendakwa untuk menetapkan pertuduhan.

Anwar, 63, yang merupakan Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama

Penang Wasabi

Monday, May 10, 2010

Selangor Bangkit : Khalid Ibrahim minta buat laporan jika ada penyelewengan!




















Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim meminta Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis jika mempunyai bukti mengenai kegiatan rasuah dan penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Abdul Khalid juga meminta Manikavasagam mendedahkan nama pegawai atasan KSSB yang terlibat dalam rasuah agar kerajaan negeri boleh mengambil tindakan terhadap individu itu.

''Saya berpendapat Manikavasagam harus telus. Kalau betul dia tahu orang yang dimaksudkan, saya nasihatkan dia umumkan namanya segera agar kerajaan negeri boleh ambil tindakan sewajarnya dan segera buat laporan polis," katanya. Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Motivasi Murid Sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.

Semalam, Manikavasagam memberi Abdul Khalid masa 72 jam untuk membersihkan 'kekotoran' di kalangan pegawai atasan KSSB. Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa terlalu banyak rasuah yang dilakukan oleh pegawai atasan anak syarikat kerajaan negeri itu dan ia perlu dibersihkan segera oleh Abdul Khalid.

Manikavasagam juga mendakwa abang Abdul Khalid iaitu Abdul Rahman mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut sehingga ramai kepimpinan PKR tidak senang dengan perkara itu. ''KSSB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan Abdul Rahman tak ada kepentingan di dalamnya," jelas Menteri Besar itu.

Sementara itu : Mani didesak lapor SPRM

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam diminta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaannya mengenai wujud amalan rasuah membabitkan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor jika beliau benar-benar telus.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini bagi membolehkan siasatan terperinci dan tindakan undang-undang diambil berbanding proses pembersihan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikhuatiri tidak telus.

''Manikavasagam perlu menggunakan saluran yang betul dan dalam hal ini jika benar-benar beliau seorang pemimpin yang berintegriti. Laporan segera perlu dibuat bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan oleh SPRM dan beliau tidak perlu tunggu sehingga 72 jam sebenarnya.

''Tetapi saya yakin, beliau adalah antara pemimpin pembangkang yang mempunyai akauntabiliti tinggi dan saya percaya dakwaan yang dibuat itu berlandaskan fakta,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran 1Usahawan dan Karnival Agro Hulu Langat, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di Hulu Langat, di sini hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas kata dua Manikavasagam kepada Abdul Khalid supaya membersihkan anak syarikat tersebut, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.( KSSB), daripada amalan rasuah dalam tempoh 72 jam atau beliau akan mendedahkan secara terperinci butir-butir dakwaannya itu.

Katanya, tujuan asal KSSB ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu dalam usaha untuk menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Bagaimanapun jelas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, terlalu banyak rasuah yang dilakukan oleh pegawai atasan syarikat tersebut malah, abang Abdul Khalid, Abdul Rahman Ibrahim juga mempunyai kepentingan dalam kumpulan itu sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin PKR lain.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kemelut terbaru yang melanda pembangkang ekoran pendedahan Ahli Parlimen Kapar tersebut, Noh berkata, perkara seperti itu memang dijangka kerana terlalu banyak kepincangan sejak pembangkang memerintah beberapa negeri selepas 2008.

''Apa yang menariknya adalah semua pendedahan itu dibuat oleh wakil rakyat mereka sendiri yang mulai sedar bahawa perjuangan pembangkang jauh tersasar dan tidak mengutamakan rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu,'' katanya.
- SBUM.

Penang Wasabi..

Thursday, May 6, 2010

Wakil PKR seru orang Islam puji Guan Eng!





















Meskipun Lim Guan Eng dikritik pelbagai pihak kerana ciri pemerintahannya tidak sama dengan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menyeru orang Islam khususnya di negeri ini memuji pendekatan Ketua Menteri itu.

Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata, tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan kerana menjadikan pemimpin Islam sebagai contoh dalam pentadbirannya.

Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang dilihat kurang senang dengan kata-kata Abdul Malik kemudiannya mencelah memberitahu, beliau tidak melarang Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh sekiranya Ketua Menteri itu mengikuti segala sifat dan kredibiliti yang ditunjukkan tokoh Islam tersebut.

Tambah Shabudin, tindakan itu juga perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyebutnya apabila berjumpa dan melakukan aktiviti di kalangan orang Islam semata-mata.

''Saya tidak larang. Tapi kalau nak ikut, ikut betul-betul. Jangan ada 'dwi standard'. Kena hormati tokoh itu dan bukannya hanya kata jadikan dia (Khalifah Umar) contoh bila jumpa orang Islam.

''Tindakan beliau (Guan Eng ) meluluskan 253 lesen baru pusat hiburan yang hidang minuman keras tahun lalu juga amat bertentangan. Kalau mahu jadikan Khalifah Umar ikon, hormati kredibiliti dan ikut semuanya dan bukan sesetengah saja. Ini satu persepsi yang tidak baik untuk tokoh tersebut," katanya dalam nada tegas.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Penang Wasabi..

Wednesday, May 5, 2010

Anwar ' kencing' kawan!

Tindakan Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan beliau "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Katanya, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.

"Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.

''Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.

"Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.

"Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya beliau bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika)," kata penulis itu.

Motte berkata, hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim." "Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?," tanya penulis itu.

Motte berkata, apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Kata Motte lagi, "dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat."

"Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika," katanya bagi merujuk kepada Anwar.

Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.

Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.

"Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat," katanya.

Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.

Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.

Katanya, nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penang Wasabi..

Saturday, May 1, 2010

Rahsia disebalik kejayaan PAS di Kelantan : PAS Kelantan didesak dedah maklumat sebenar!

Kerajaan Pas Kelantan didesak supaya mendedahkan secara bertulis mengenai wang sebanyak RM4 juta yang dikatakan untuk membiayai operasi gerak saraf melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd (GMC) dan pemberian kawasan balak kepada semua syarikat yang terlibat di negeri ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, kerajaan negeri dilihat cuba untuk menyembunyikan sesuatu sekiranya tidak berani untuk mendedahkan kesemua maklumat tersebut kepada rakyat.

Beliau berkata, pemimpin Pas juga perlu menjelaskan secara mendalam apakah fungsi sebenar GMC.

"Sekiranya tidak benar, kenapa takut untuk membuat pendedahan. Saya minta kepada kerajaan negeri buat pendedahan secara bertulis dan bukannya di atas pentas ceramah yang hanya didengari oleh ahli Pas, beritahu kepada semua rakyat melalui cetakan risalah.

"Mereka (kerajaan negeri) sepatutnya mencontohi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendedahkan senarai penerima permit import (AP) selepas didesak oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agong UMNO, saya masih ingat kerana pada masa itu saya berada dalam dewan perhimpunan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, penulis blog terbabit mendedahkan sebuah syarikat telah menderma kepada PASTI sebanyak RM350,000 sekiranya ia diberikan kelulusan terhadap satu projek di mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang.

Wan Khairul Ikhsan berkata, wang sebanyak RM4 juta untuk membiayai operasi gerak saraf bagi menaikkan imej kerajaan negeri seperti yang dikatakan oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan adalah amat besar.

"RM4 juta mewakili kira-kira satu peratus daripada jumlah keseluruhan bajet negeri Kelantan pada setiap tahun. ''Tetapi apa yang berlaku, wang ini dengan mudah disalurkan kepada sebuah syarikat perunding media, GMC semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan negeri.

"Lagi pun pada masa ini, bayaran skim Takaful Kifalah kira-kira RM3 juta sehingga sekarang belum dijelaskan lagi kepada keluarga si mati, adakah adil, hak rakyat di bawah tidak diberikan tetapi wang ada disalurkan kepada GMC," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dua pemegang syer syarikat terbabit adalah terlibat secara langsung dengan politik. "Saya adalah pemimpin pakatan pembangkang dahulu, saya berada di bawah dan bercampur dengan semua peringkat, rakyat di bawah amat marah apabila wang Kifalah tidak dapat sedangkan saudara atau ibu bapa mereka telah meninggal dunia sejak setahun lalu," katanya.

"Adakah ini cara berpolitik yang baik dan berlandaskan Islam sehinggakan rakyat di bawah tertindas dan wakil rakyat pening kepala setiap kali ada orang yang meninggal dunia kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri," katanya. Tambahnya, beliau percaya apa yang dikatakan oleh Syed Azidi bukannya omong-omong kosong kerana ia berlandaskan kepada fakta.

Persoalan! Adakah wang kutipan ceramah PAS digunakan untuk tujuan tersebut ataupun dari hasil balak Kelantan! Wallahuallam.

Penang Wasabi

Thursday, April 29, 2010

Bekas Blogger PAS : 'Saya terima RM4 juta' !

Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.

Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini.

Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan.

Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri. Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.

Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah.

Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009. Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau.

Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan.

Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu. Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.

Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.

"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang. "Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.
-SBUM

Penang Wasabi

Wednesday, April 28, 2010

Nizar Talibarut Bintang 3 Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum!



TUDUHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH NIZAR JAMALUDDIN DALAM VIDEO TERSEBUT ADALAH SANGAT MERBAHAYA DAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI BERBAU HASUTAN. IANYA DI KHUATIRI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN DAN HURU HARA DIDALAM NEGARA.

NIZAR MENDAKWA BAHAWA DATUK SERI NAJIB PERNAH BERKATA:

" KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA "

" KITA MESTI BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR DENGAN DARAH CINA "


DI MINTA PIHAK KESELAMATAN DAN KDN DAPAT BERTINDAK DENGAN KADAR SEGERA TERHADAP MANUSIA YANG GILA TALAK JAWATAN MB INI.

JANGAN SAMPAI ADA PERGADUHAN ANTARA KAUM TERCETUS AKIBAT TINDAKAN TIDAK BERMORAL NIZAR JAMALUDIN YANG MENYENTUH ISU YANG SANGAT SENSITIF TERHADAP ORANG CINA DEMI UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK.

TANGKAP SEBELUM TERLAMBAT....!

JIKA DIBIARKAN, ORANG CINA DI SIBU JUGA AKAN TERPENGARUH LALU MEMBENCI BARISAN NASIONAL KERANA FITNAH DAHSYAT INI.

Penang Wasabi..