~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, November 9, 2012

Ketua Menteri Pulau Pinang menipu - Tapak PPR sah milik swasta?


Oh Tong Keong menunjukkan salinan sijil pembayaran wang pendahuluan bagi membeli tapak tanah di Taman Manggis, (kiri) dan salinan sijil penjualan tanah berkenaan kepada KLIDC Sdn. Bhd. pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terus berdolak-dalik dan belum menyediakan perjanjian jual beli tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis di sini kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri kini terjawab.

Pemuda BN negeri yang melakukan proses carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dua hari lalu terkejut apabila mendapati tanah tersebut telah dipajakkan oleh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) kepada sebuah bank pada 21 November tahun lalu.

Ketuanya, Oh Tong Keong berkata, ini menunjukkan tanah berkenaan kini milik KLIDC tetapi pada masa sama dijual Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada Pemuda BN negeri yang telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM222,073.

"Dengan dokumen SSM ini, kami dapati kerajaan negeri sengaja melanggar undang-undang. Guan Eng dilihat telah berbohong dan tidak jujur.

"Ini menunjukkan tanah tersebut telah dijual kepada dua pihak. Kami memberi tempoh 24 jam kepada Guan Eng untuk memberi penjelasan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan dokumen SSM itu, tapak PPR berkenaan telah dipajakkan oleh KLIDC kepada bank dengan nilai RM11.5 juta pada 21 November tahun lalu.

Tanah tersebut sepatutnya dibangunkan PPR fasa kedua namun dijual kerajaan negeri kepada KLIDC bagi projek pembinaan hotel 19 tingkat, enam tingkat hospital persendirian dan lima tingkat tempat letak kereta.

Pada 4 September lalu, Pemuda BN negeri menerima surat tawaran daripada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik untuk membeli tanah seluas 0.45 hektar di Jalan Zainal Abidin itu dengan harga jualan RM450 sekaki persegi.

Tawaran tersebut kemudiannya disahut Pemuda BN negeri bagi menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan pemaju swasta dengan bayaran wang pendahuluan satu peratus iaitu sebanyak RM224,073 secara tunai pada 3 Oktober lalu.

Namun, Guan Eng memberi tempoh 30 hari untuk menyelesaikan bayaran baki penuh yang dianggap Pemuda BN negeri sebagai syarat tidak munasabah.

Wang sebanyak RM22,183,227 untuk baki bayaran pembelian tanah berkenaan akhirnya berjaya juga dikumpulkan dalam tempoh ditetapkan.

Bagaimanapun, wang dalam bentuk draf bank itu tidak dapat diserahkan sehingga hari ini berikutan kerajaan negeri masih gagal menyediakan syarat-syarat pembelian.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leng menjelaskan, beliau tidak hairan kenapa Guan Eng memberikan syarat-syarat yang tidak munasabah kerana kerajaan negeri memang tidak mahu menjual kepada pihaknya berikutan tanah tersebut kini milik KLIDC.

Bagaimanapun, beliau menambah, sistem e-Tanah menunjukkan tiada rekod diperoleh mengenai tapak PPR tersebut.

"Malah kami pernah menulis surat kepada Pejabat Tanah dan maklum balas yang diberikan bahawa tanah itu masih milik kerajaan negeri.

"Mungkin status pemilikan tanah telah dikeluarkan tetapi ia tidak dapat ditunjukkan dalam sistem SSM kerana 'dikunci' orang tertentu," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang terlibat tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut supaya tampil ke depan kerana ia dianggap konspirasi.

Penang Wasabi..

1 comment:

  1. Muhyiddin Pemimpin LEMBU.... Puteri UMNO Kump ANJING Gila Babi....

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Pemimpin2 UMNO BODOH macam LEMBU... BAPAK lembu..... Wanita LEMBU... Kecik2 tak nak mampus, Dah tua menyusahkan orang.....


    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    ~ BUKTI 5 ~

    ~ BUKTI 6 ~


    ReplyDelete