~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, July 16, 2012

Sikap Azmin Ali dipersoal?



Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang enggan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau April lalu, terus dipersoalkan oleh beberapa bekas pemimpin parti itu.

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, beliau tidak faham mengapa Azmin tidak mahu membuat laporan polis sedangkan dia boleh berbuat demikian dalam masa tidak sampai lima minit bagi membolehkan pihak polis membuka kertas siasatan dan menyiasat kes tersebut.

Katanya, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Azmin perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu kepada rakyat terutamanya pengundi di kawasan Gombak.

"Rakyat terutamanya pengundi di kawasan Gombak berhak untuk mengetahui perkara itu dan sekiranya tidak bersalah, mengapa tidak memberi ruang kepada polis untuk menyiasat perkara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sikap Azmin yang enggan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar adegan panas itu oleh beberapa blog hujung April lalu.


Lum Yong dalam pada itu menambah, beliau sendiri tertanya-tanya mengapa sehingga kini Azmin masih tidak mengambil sebarang tindakan bagi membersihkan namanya.

Jelasnya, selain membuat laporan polis, Azmin juga boleh mengheret penulis blog terlibat ke mahkamah ataupun membuat sumpah laknat.

"Azmin perlu segera membersihkan namanya sebelum meneruskan cita-cita untuk ke Putrajaya dan jika tidak bersalah mengapa harus takut pada sumpah?," soalnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sikap berdiam diri Azmin itu merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh pembangkang sekiranya sesuatu isu yang ditimbulkan 'terkena' kepada mereka.

Selain itu, katanya, sikap berdiam diri itu juga menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Ahli Parlimen Gombak berkenaan.

"Jelas perkara ini menunjukkan sikap hipokrit yang dimainkan oleh pembangkang dan saya mendesak Azmin supaya segera membuat laporan polis.

"Namun, seandainya beliau malu, rakan-rakan dalam pembangkang terutamanya pemimpin PKR seperti Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi Ramli boleh membuat laporan bagi pihaknya kerana ini adalah masa terbaik untuk membela Azmin," katanya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment